HarmonyOS (atau Hong Meng dalam bahasa Mandarin) diumum Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu pada acara HUAWEI Developer 2019, Dongguan City, China, pada Jumaat.
Menurut Yu, HarmonyOS dicipta agar beroperasi lebih pantas dan selamat berbanding sistem operasi Android.
Katanya, perisian itu buat masa ini hanya disasarkan kepada produk Internet of Things (IoT) seperti skrin pintar, jam tangan dan pembesar suara pintar, serta peranti dalam kereta.
Tambahnya, buat masa ini Huawei masih menyokong penggunaan sistem operasi Android dan hanya akan beralih kepada HarmonyOS apabila Huawei tidak lagi dibenarkan mengakses ekosistem Android keluaran syarikat Google.
Menurut laporan media, versi pertama peranti yang dilengkapi sistem operasi ini akan dilancarkan Ogos tahun ini pada skrin pintar (TV).
HarmonyOS juga bakal ditawarkan dalam bentuk Open Source.