Ringkasan AI
- Google Gemini kini boleh mengingati butiran peribadi pengguna seperti jawatan, hobi, alahan, dan makanan kegemaran untuk memberikan maklum balas yang lebih relevan dan diperibadikan.
- Pengguna boleh mengarahkan Gemini untuk membalas dengan tona dan bahasa yang spesifik, menjadikannya seakan pembantu maya sebenar yang boleh berbual secara semula jadi.
- Ciri ini sedang diedarkan secara berperingkat kepada pengguna Gemini Advanced dan berfungsi di web, tetapi belum kelihatan pada peranti Android.
Dengan kata lain, ia adalah satu panduan penggunaan Gemini yang direka sendiri oleh pengguna.
Ciri ini membolehkan pengguna mengarahkan Gemini untuk mengingati beberapa butiran peribadi seperti jawatan, jenis pekerjaan, hobi, alahan, makanan dan minuman kegemaran, filem kegemaran, mengarahkan Gemini untuk sentiasa membalas dengan tona dan bahasa yang spesifik dan banyak lagi.
Selepas selesai, setiap kali sesuatu perbualan dimulakan bersama Gemini semua maklum balas akan mengikuti apa yang telah ditetapkan.
Ini menjadikan Gemini lebih diperibadikan mengikut setiap pengguna seakan pembantu maya sebenar yang turut boleh berbual secara semula jadi.
Ciri ini dilihat diedarkan secara berperingkat kepada pengguna Gemini Advanced. Dalam cubaan saya, ia berfungsi di web, tetapi pada peranti Android masih tidak kelihatan. Anda bagaimana? -Amanz