ANTARA sebab kenapa pengguna Apple akan hanya membeli produk Apple yang lain ialah kerana sokongan ekosistem yang sangat mantap.

Sebagai contoh, dari MacBook anda boleh menggunakan internet iPhone tanpa perlu membuka telefon.

iPad boleh dikawal menggunakan pad sesentuh MacBook tanpa perlu memasang aplikasi lain.

Hari ini, aplikasi Google Essentials telah dilancarkan oleh Google untuk memudahkan aplikasi Google dipasang pada PC Windows.


Koleksi aplikasi Google pada peranti Android

Aplikasi ini akan sedia terpasang dalam semua produk Windows HP seperti Spectre, Envy, Pavilion, OMEN, Victus ebelum kemudian akan disertakan ke dalam OmniBook pula.

Idea aplikasi ini adalah untuk pengguna Windows yang menggunakan peranti Android menikmati ciri ekosistem seakan iPhone dan Mac.

Google Essentials memberi akses pantas kepada Google Photos, Google Messages, Google Calendar, Google Docs, Google Drive dan juga Play Games for PC. Setiap data akan terus diselarikan dan mudah diakses secara 'rentas peranti'.

Walaupun ia sedia terpasang, aplikasi ini menurut Google turut boleh dibuang pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, mereka yang menggunakan aplikasi ini akan menerima langganan Google One 100GB percuma selama dua bulan. -Amanz