Laporan hasil pertemuan dan perbincangan antara Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan wakil kerajaan Singapura mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), dijangka dibentangkan kepada kabinet minggu hadapan,
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata sehingga kini beliau belum dimaklumkan lagi mengenai sebarang hasil pertemuan berkenaan sebaliknya hanya menunggu mesyuarat kabinet akan datang.
"Saya difahamkan Azmin berjumpa pihak wakil kerajaan Singapura untuk bincang isu HSR tengah hari tadi tetapi saya masih belum terima apa-apa maklum balas lagi daripada beliau.
Tetapi saya yakin perbincangan ini adalah berkenaan hala tuju, bagaimana untuk selesaikan isu ini dan yang berkaitan... beliau akan bentangkan kepada kabinet minggu hadapan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program 'Kempen Kibar Jalur Gemilang 2018 KRT Taman Pulai Impian di sini, hari ini.
Katanya sama ada projek HSR ini akan diteruskan atau tidak, perkara tersebut belum ada sebarang keputusan lagi.
Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dicadangkan Malaysia pada 2013 adalah projek kereta api berkelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur yang mampu memendekkan tempoh perjalanan sehingga 90 minit.
Bagaimanapun, projek terbabit tertangguh selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 9 Mei lepas.
Mengenai Majlis Penasihat Sektor Perkapalan, Loke berkata struktur majlis penasihat pakar untuk memantau perkara berkaitan perkapalan dan pelabuhan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Katanya, majlis tersebut lebih kepada rundingan antara mereka yang pakar dalam sektor perkapalan dan pelabuhan bagi memastikan dasar yang dilaksanakan kerajaan dapat memajukan sektor maritim negara.
"Malaysia merupakan sebuah negara maritim kerana kita berada di lokasi yang paling strategik, berada di tengah-tengah Selat Melaka, laluan perkapalan yang terpenting di dunia, jadi kita mesti mengambil peluang untuk memastikan negara kita terus mendapat manfaat daripada sektor perkapalan dan sektor maritim ini.
Kita sedang memuktamadkan struktur majlis tersebut dan akan melantik wakil daripada sektor swasta, wakil-wakil kerajaan negeri, syarikat perkapalan, pelabuhan dan kita akan kumpulkan semuanya, bagi sama-sama membincangkan hala tuju dan apa yang perlu dibuat oleh pihak kementerian untuk membantu memajukan sektor maritim ini,"katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Aug 11 2018
![HSR: Laporan pertemuan Azmin-wakil kerajaan Singapura dibentang minggu hadapan HSR: Laporan pertemuan Azmin-wakil kerajaan Singapura dibentang minggu hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518415737_HSRKualaLumpurSi.jpg)
Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dicadangkan Malaysia pada 2013 adalah projek kereta api berkelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur yang mampu memendekkan tempoh perjalanan sehingga 90 minit.- Gambar fail
Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini
Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, pada Rabu.
Skandal HRD corp: Shahul Hameed ambil cuti panjang, beri ruang pada siasatan
Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin
Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau keadaan di Bangladesh berikutan tunjuk perasaan pelajar-pelajar di sana.
![Hanya pihak berkaitan boleh putuskan kaji semula tawaran pengambilalihan MAHB - MOF Hanya pihak berkaitan boleh putuskan kaji semula tawaran pengambilalihan MAHB - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Hanya pihak berkaitan boleh putuskan kaji semula tawaran pengambilalihan MAHB - MOF
Sebarang keputusan sama ada untuk mengkaji semula tawaran pengambilalihan MAHB hanya akan dibuat oleh pihak yang berkaitan memandangkan tawaran itu bersifat komersial.
![Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690968147_TBSINGAPOREVACCINE.jpg)
Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.
![Komen lucah isu khatan bayi, tiga individu dikompaun RM75,000 Komen lucah isu khatan bayi, tiga individu dikompaun RM75,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161712_MCMCLogo.jpg)
Komen lucah isu khatan bayi, tiga individu dikompaun RM75,000
Tiga individu dikenakan kompaun RM25,000 setiap seorang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik komen yang bersifat lucah melalui aplikasi media sosial Facebook.
![Guru pusat jagaan ditahan disyaki terlibat kes pengabaian kanak-kanak Guru pusat jagaan ditahan disyaki terlibat kes pengabaian kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719227691_handcuff.jpg)
Guru pusat jagaan ditahan disyaki terlibat kes pengabaian kanak-kanak
Guru tersebut ditahan di sekitar Ampang, Selangor pada 1.13 tengah hari, semalam susulan laporan yang dibuat bapa mangsa.
![Wanita warga asing maut ditikam Wanita warga asing maut ditikam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708067593_TBgarisanpolis.jpg)
Wanita warga asing maut ditikam
Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di Flat Taman Indah, Batu Maung, semalam.
![Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719317087_AnthonyLokeSiew.jpg)
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
![Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708665714_Anthonyloke.jpg)
Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.
![Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701506053_AnthonyLoke.jpg)
Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.
![Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702189773_TBLOKE.jpg)
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
![Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700375725_AnthonyLoke.jpg)
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
![Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694985042_TBSAMSURILOKE.jpg)
Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.
![Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694342920_MalaysiaNextLeader.jpg)
Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
![Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694245695_TBAnthonyLoke.jpg)
Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.
![PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694073586_TBAnthonyLoke.jpg)
PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.
![Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664204797_TBIdrusHarun.jpg)
Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke
DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti penjelasan itu perlu dilakukan.