Syarikat perbankan global HSBC mencadangkan Maaysia bersama tiga negara ASEAN lain - Vietnam, Thailand dan Singapura - melaksanakan 'travel bubble' atau gelembung pelancongan bagi membolehkan pelancong-pelancong dari negara berkenaan melancong di keempat-empat negara tersebut.
Dalam satu laporan baru-baru ini, HSBC menyebut keempat-empat negara berkenaan berpotensi membuka pintu sempadan masing-masing, khusus untuk pelancong dari empat negara tersebut setelah melihat kejayaan Malaysia, Vietnam, Thailand dan Singapura mengawal jangkitan COVID-19 dengan baik.
"Secara amnya, 'gelembung pelancongan' akan membolehkan penduduk dari kawasan dengan jangkitan COVID-19 yang rendah untuk melancong ke negara lain tanpa melalui kuarantin mandatori 14 hari," jelas HSBC dalam laporan berkenaan.
BACA: Gelembung perjalanan Thailand kecualikan pelancong santai asing
Sementara itu, Vietnam tampil sebagai antara negara yang mencatatkan jumlah trafik udara yang paling tinggi berbanding negara-negara serantau, malah kini sudah berapa pada tahap sama sebelum pendemik COVID-19 melanda.
Manakala data trafik udara di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand masih belum menunjukkan pemulihan.
Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang akan berkuat kuasa minggu lalu.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya berkata, ia selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri dikenakan.
Sementara Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan
hanya lapan sub sektor pelancongan domestik dibenarkan.
Namun, ia mesti mematuhi semua prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Shafizan Johari
Wed Jun 17 2020
Secara amnya, 'gelembung pelancongan' akan membolehkan penduduk dari kawasan dengan jangkitan COVID-19 yang rendah untuk melancong ke negara lain tanpa melalui kuarantin mandatori 14 hari. - Gambar hiasan
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (6 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kapal China didakwa ceroboh kawasan perairan milik Filipina
Filipina mengerahkan aset udara dan laut tentera dan pengawal pantainya di zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan selepas kehadiran kapal dari China yang didakwa melakukan pencerobohan di zon tersebut.
Ringgit ditutup rendah berikutan ekonomi AS menunjukkan tanda pemulihan
Ringgit meneruskan trend penyusutan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Malaysia teguh pertahankan prinsip dasar luar
Malaysia kekal teguh dalam mempertahankan prinsip dasar luar yang mementingkan ekonomi terbuka, keamanan dan berkecuali sambil menolak sebarang bentuk ketidakadilan.
Malaysia perlu cadang langkah lebih tegas tangani isu hak asasi manusia di ASEAN - Penganalisis
Malaysia perlu mencadangkan langkah lebih tegas dalam menangani isu hak asasi manusia yang berlaku di peringkat negara-negara anggota ASEAN.
PM cuba bawa kejayaan Thaksinomik ke seluruh ASEAN - Penganalisis
Lantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat kepada Pengerusi ASEAN adalah usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa kemakmuran ekonomi ke seluruh negara ASEAN.
Trafik penumpang udara naik kepada 8 juta pada November 2024 - MAVCOM
Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024.
ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
ASEAN perlu mengambil sikap berkecuali proaktif dalam menangani pertembungan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan China.
ASEAN25: Malaysia perlu cadang langkah tambahan manfaatkan ZOPFAN bantu ekonomi rakyat – Bekas Duta Besar
Malaysia perlu memanfaatkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan rakyat di Malaysia dan negara-negara anggota.
Ringgit ditutup rendah berikutan permintaan terhadap dolar AS meningkat
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir 2024 berikutan permintaan yang meningkat terhadap mata wang selamat itu dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global.