IPOH: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini mewujudkan Unit Pengurusan Katil (BMU) sebagai langkah penambahbaikan untuk menyegerakan kemasukan pesakit Jabatan Kecemasan dan Trauma ke dalam wad.
Pengarah HRPB Dr Megat Iskandar Megat Abdul Hamid berkata kewujudan BMU, yang kini beroperasi 24 jam sehari, didapati membantu melancarkan proses discaj dan kemasukan pesakit di semua wad.
"Kes-Kes pesakit kritikal yang telah stabil dan masih memerlukan rawatan lanjutan akan dihantar ke hospital kluster bagi mengurangkan kesesakan di HRPB.
"Dengan ini, petugas kesihatan HRPB dapat memberi jagaan yang lebih efisien kepada pesakit kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma," menurutnya dalam kenyataan malam tadi ketika mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa ada pesakit tidak menerima rawatan sepatutnya di bahagian kecemasan hospital itu.
Beliau juga berkata pihak pengurusan HRPB akan meneliti dan berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan kapasiti merawat pesakit kritikal.
Katanya meskipun Jabatan Kecemasan dan Trauma sentiasa menerima dan merawat ramai pesakit merangkumi kes panggilan ambulans, kes yang hadir secara terus serta kes rujukan, ia berusaha memberikan rawatan berkualiti dan terbaik kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Pengurusan HRPB akan meneliti dan berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan kapasiti merawat pesakit kritikal. - Gambar fail
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
HRPB lakar sejarah, laksana pembedahan pintasan arteri ECIC pertama di Perak
Pembedahan pintasan itu membabitkan seorang pesakit berusia 56 tahun yang menghidap penyakit Moya-Moya.
Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa
Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan tersebut dari pengadu warga tempatan berusia 43 tahun itu pada Sabtu.
Empat pesakit berkaitan cuaca panas di Perak stabil, masih dirawat - Exco
Keempat-empat pesakit berkenaan dipercayai mengalami masalah kelesuan dan strok haba.
Perak mohon polis tidak saman kenderaan parkir di luar HRPB
Kerajaan negeri akan berbincang dengan polis dan MBI supaya tidak mengeluarkan saman kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di luar pekarangan HRPB.
HRPB wujudkan Unit Pengurusan Katil untuk percepat kemasukan pesakit ke wad
Kewujudan BMU, yang kini beroperasi 24 jam sehari, membantu melancarkan proses discaj dan kemasukan pesakit di semua wad.
Tahanan kes dadah mati ketika terima rawatan
Suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang ketika ingin dibawa ke mahkamah.
Mayat lelaki dengan kesan torehan ditemui di Kampung Kuchai
Keadaan lelaki berusia 54 tahun itu disedari orang awam sekitar jam 3.30 petang sebelum memaklumkan kepada polis.
Pendaki Gunung Suku hilang: Anggota tubuh badan, mayat dihantar ke Jabatan Forensik HRPB
Kesemua anggota tubuh badan dan mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, pada Ahad lalu, dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.
Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB akan dinaiktaraf - KKM
Jabatan tersebut kini agak sesak dan tidak mempunyai ruang mencukupi untuk menampung ramai pesakit.