GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mendirikan hospital medan di perkarangan Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 di negeri itu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di negeri itu disamping memberikan perkhidmatan sokongan kesihatan di hospital berkenaan.
Katanya, pembinaan hospital medan yang lengkap dengan 100 katil dan kemudahan oksigen untuk pesakit COVID-19 dijangka siap dalam tempoh seminggu.
"Kita dalam tahap yang agak kritikal di Hospital Pulau Pinang, jadi kita telah pun luluskan hospital medan di tapak yang akan kita lihat nanti dan hospital medan ini pasukan daripada KKM dan ATM sudahpun melawat tapak ini dan kita akan segerakan pembinaan hospital medan," katanya.
Khairy berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke HPP di sini sempena lawatan kerja ke Pulau Pinang pada Sabtu.
Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM akan menghantar tambahan kira-kira 200 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan dan jururawat bagi membantu Pulau Pinang menangani peningkatan kes COVID-19.
Pulau Pinang mencatat peningkatan jangkitan positif kes harian COVID-19 yang tinggi sejak kebelakangan ini sehingga melebihi 2,000 kes sehari.
Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai keperluan mendesak di HPP berkaitan kes-kes pembedahan yang tidak dapat dilaksanakan segera berikutan kekurangan dewan pembedahan kerana telah diubahsuai untuk merawat pesakit COVID-19.
Justeru bagi bagi mengatasi masalah itu, KKM bercadang untuk menyewa dewan pembedahan di hospital-hospital swasta di negeri itu bagi membolehkan pembedahan terhadap pesakit yang memerlukan pembedahan segera dapat dijalankan.
"Pakar bedah daripada Hospital Pulau Pinang sanggup untuk melaksanakan pembedahan tersebut di hospital swasta di dewan pembedahan di hospital swasta.
"Jadi, saya akan berunding secepat mungkin dengan hospital swasta di Pulau Pinang, kalau mereka tidak mahu menjalankan pembedahan yang berisiko tinggi untuk mereka menyewa dewan pembedahan di hospital swasta supaya pakar pembedahan daripada HPP boleh melaksanakan pembedahan yang diperlukan segera secepat mungkin," katanya lagi.
Justeru, untuk tujuan itu, Khairy berkata, beliau akan meminta pihak Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian untuk berunding dengan hospital-hospital swasta di negeri itu secepat mungkin.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Sep 11 2021

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (tengah) melakukan lawatan kerja di Hospital Pulau Pinang hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (kanan). - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.