ALOR GAJAH: Hospital Alor Gajah berkemungkinan akan beralih status sebagai hospital pakar tahun ini, kata Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari.
Beliau berkata pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan peralihan status itu berpeluang direalisasikan pada tahun ini memandangkan masih ada beberapa perkara lagi yang perlu diperincikan.
"(Peralihan status) itu ialah sasaran kita dan saya yakin dalam tahun ini Hospital Alor Gajah akan jadi hospital pakar dan lebih banyak khidmat kesihatan akan ditawarkan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Gangsa di sini hari ini.
Terdahulu, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang penduduk di kampung itu.
Sementara itu, beliau berkata Parlimen Alor Gajah akan memperkenalkan beberapa insentif kesihatan secara berfasa hujung bulan ini terutama melibatkan aspek penjagaan kesihatan merangkumi pemakanan dan kebajikan.
"Insentif ini juga tidak akan semata-mata melibatkan bantuan kewangan dan peralatan tetapi merangkumi khidmat nasihat bagaimana menjadikan warga Alor Gajah lebih sihat dan produktif. Kita juga akan menumpukan isu-isu berkaitan pemakanan seperti pemberian susu kepada anak-anak kerana ia penting bagi tumbesaran mereka," katanya.
Selain itu katanya, projek Go Medic juga akan diperluas bagi membantu pesakit dalam pelbagai aspek terutamanya logistik.
"Kita akan bantu untuk menghubungkan atau menjadi perantara antara klinik kesihatan, farmasi dan hospital dengan pesakit seperti pengambilan ubat-ubatan atau urusan pemeriksaan doktor.
"Sekiranya tidak dapat pergi ke pusat kesihatan tersebut, kita akan menghantar sukarelawan untuk memantau dan menjaga pesakit berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023

Adly berkata, perbincangan sudah dijalankan dengan Kementerian Kesihatan dan peralihan status itu berpeluang direalisasi pada tahun ini. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Lihat percikan api sebelum bas terbakar - Saksi
Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila hanya berada 500 meter di belakang sebuah bas yang terbakar dalam insiden kemalangan.

Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta
Akibat rempuhan itu mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

COVID-19: 58 kes positif libatkan kakitangan, pesakit, ahli keluarga di Hospital Alor Gajah
Sebanyak 58 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan Kluster Paya Datuk yang terdiri daripada petugas dan pesakit Hospital Alor Gajah serta ahli keluarga mereka dalam tempoh seminggu ini.

Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis
Warga emas terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah, sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan.

Anggota polis maut motosikal bertembung lori sawit
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Jalan Machap, di sini petang Jumaat.

'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah
Pelakon Wan Maimunah telah keluar dari wad Hospital Alor Gajah pada petang semalam selepas seminggu ditahan akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Ada jangkitan paru-paru, Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah
Pelakon veteran Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas.