PUTRAJAYA: Yakin perpaduan sebagai tonggak negara ke arah kemajuan dan kemakmuran, kini rakyat Malaysia akan diberi kesedaran bukan sahaja tentang lima prinsip Rukun Negara tetapi juga lima cita-cita yang didukung dalam ikrar itu.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata selari dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan", program Eksplorasi Rukun Negara dilancarkan baru-baru ini bagi meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai ejen penyatupaduan rakyat Malaysia selain menyemai rasa cinta kepada negara.
"Sambutan HKHM tahun ini lebih bermakna kerana Jemaah Menteri pada 25 Julai lepas telah meluluskan cadangan supaya sesi lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara," katanya kepada Bernama.
Lima cita-cita Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta sebuah masyarakat adil agar kemakmuran negara dinikmati bersama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak; dan membina satu masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.
Aaron berkata lafaz ikrar Rukun Negara yang dibaca penuh akan dilaksanakan dalam program-program rasmi kerajaan, semasa majlis perhimpunan di sekolah, majlis pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, selain akan diperhebat dalam kalangan masyarakat.
Aaron berkata pentingnya mempromosikan Rukun Negara bagi menerangkan kepada rakyat terutamanya generasi muda makna yang tersurat dan tersirat dalam Rukun Negara supaya mereka menghayati erti sebenar ikrar itu.
"Rukun Negara perlu dihayati dan difahami bersama-sama Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kepada perpaduan dalam kepelbagaian etnik, kaum dan agama.
"Penghayatan Rukun Negara bukan sahaja menyuntik semangat patriotisme, malah turut menyuburkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama," katanya.
Aaron menekankan bahawa perpaduan merupakan kata kunci utama bagi memastikan Malaysia terus maju, berdaya saing serta dasar-dasar kerajaan termasuk kerangka Malaysia MADANI dapat dilaksanakan dengan jayanya.
"Kepentingan generasi muda tidak dapat disangkal kerana mereka merupakan satu daripada ejen kepada perubahan dalam membentuk sebuah negara yang berupaya dan berintegrasi. Golongan ini juga mampu menjadi adiwira dalam mengukuhkan semangat perpaduan," katanya.
Aaron berkata KPN komited mendekati generasi muda dengan pelaksanaan pelbagai program yang relevan antaranya Debat Perpaduan, Pantun Perpaduan dan Simposium Pendidikan Rukun Negara bagi meningkatkan kesedaran anak muda untuk terus menghayati kepentingan perpaduan antara kaum.
Selain Eksplorasi Rukun Negara, Kementerian Perpaduan Negara dan agensi di bawahnya giat mempromosikan dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sejak awal bulan ini bagi menyemarakkan sambutan HKHM 2023.
Antaranya ialah Eksplorasi Merdeka melibatkan pelbagai koleksi yang dipamerkan di muzium, pameran Malaysia Tanah Airku yang mempamerkan sejarah dan kenegaraan serta Sambutan Anak Merdeka bagi meraikan mereka yang lahir pada tarikh keramat negara.
Turut diadakan ialah kuiz sejarah dan patriotisme bagi menguji sejauh mana tahap pengetahuan para pelajar dalam mengenal sejarah kemerdekaan negara dan program sanggar puisi memandangkan ia merupakan wadah bagi pembentukan identiti, budaya dan jati diri bagi sesuatu bangsa.
Kementerian itu akan turut terlibat dalam perarakan pada 31 Ogos nanti dengan penyertaan 400 orang berbusana pelbagai etnik dan budaya,
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
![HKHM 2023: Suburkan penghayatan Rukun Negara, asas perpaduan negara HKHM 2023: Suburkan penghayatan Rukun Negara, asas perpaduan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674726756_TBaaronagondagang.jpg)
AARON: Sambutan HKHM tahun ini lebih bermakna kerana Jemaah Menteri pada 25 Julai lepas telah meluluskan cadangan supaya sesi lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara. - Foto BERNAMA
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725065416_KoperalMohdKhairul.jpg)
Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.
![Rukun Negara penting dihayati perkukuh perpaduan negara - Ahli akademik Rukun Negara penting dihayati perkukuh perpaduan negara - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723595951_RukunNegara.jpg)
Rukun Negara penting dihayati perkukuh perpaduan negara - Ahli akademik
Rukun Negara memainkan peranan penting dalam memartabatkan perpaduan serta memastikan keamanan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
![Sambutan Minggu Perpaduan 2024: Belia perlu terap prinsip Rukun Negara sebagai asas Sambutan Minggu Perpaduan 2024: Belia perlu terap prinsip Rukun Negara sebagai asas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716630398_AaronAgoDagang.jpg)
Sambutan Minggu Perpaduan 2024: Belia perlu terap prinsip Rukun Negara sebagai asas
Usaha pelbagai kementerian dan agensi akan digerakkan dengan lebih giat untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
![Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716118422_TBEWON.jpg)
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
![Syor Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan diteliti - Aaron Syor Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan diteliti - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714985874_AaronAgoDagangjpg.jpg)
Syor Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan diteliti - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan meneliti cadangan menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan.
![Amalkan prinsip Rukun Negara utuhkan perpaduan negara Amalkan prinsip Rukun Negara utuhkan perpaduan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41594694437_TBRukunNegara.jpg)
Amalkan prinsip Rukun Negara utuhkan perpaduan negara
Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
![Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712307452_TBIKMAS.jpg)
Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar
Terdapat banyak persamaan seperti penekanan terhadap nilai perpaduan, keadilan, kemampanan dan kebijaksanaan dalam pembentukan insaniah.
![Bapa Rukun Negara, Agoes Salim tiada lagi Bapa Rukun Negara, Agoes Salim tiada lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710496308_TBBELASUNGKAWAAGOES.jpg)
Bapa Rukun Negara, Agoes Salim tiada lagi
Pakar ekonomi dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang pertama di Malaysia, Dr Agoes Salim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.
![Tiada rancangan ubah struktur Rukun Negara - Aaron Tiada rancangan ubah struktur Rukun Negara - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710325502_TBAARONAGO.jpg)
Tiada rancangan ubah struktur Rukun Negara - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan struktural kepada Rukun Negara, Dewan Rakyat diberitahu.
![Hentikan tafsiran salah frasa 'liberal' dalam cita-cita Rukun Negara - Menteri Perpaduan Hentikan tafsiran salah frasa 'liberal' dalam cita-cita Rukun Negara - Menteri Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695797627_TBAaronAgoDagang.jpg)
Hentikan tafsiran salah frasa 'liberal' dalam cita-cita Rukun Negara - Menteri Perpaduan
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menggesa semua pihak supaya menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa 'liberal' yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara.