Kamar Mahtum Abdul Wahab kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab, wanita warga Malaysia yang dilapor oleh media Britain menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun menulis sepucuk surat luahan isi hati kepada adiknya, lapor Hishamudin Rais.
Surat tersebut lapor Hishamuddin dalam blognya merupakan luahan hati seorang kakak yang kehilangan adik sekian lama.
"Suara hati kakak yang kehilangan adik, suara dan perasaan untuk melihat kembali perjalalan hidup. Air mata keluar ketika surat ditulis. Sedih dan sedih," coret Hishamuddin.
Menurut Hishamuddin, pada Rabu lebih kurang jam 11.38 pagi di London, beliau dan Kamar Mahtum masih tidak dapat menemui Siti Aishah.
"Kami tidak tahu, malah dunia pun tidak tahu di mana Siti Aishah sekarang," katanya.
Hishamudin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan Kamar Mahtum merupakan adalah gurunya di sekolah menengah.
Mereka, Hishamudin dan Kamar Mahtum berlepas ke London pada Selasa malam dan tiba awal pagi Rabu bersama wartawan The Daily Telegraph, Deen Nelson.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan, Kamar Mahtum menegaskan beliau tidak akan pulang ke Malaysia selagi tidak bertemu adiknya.
Editor majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang juga anak saudara kepada Siti Aishah turut sama ke London namun tidak dibenarkan mengikut Kamar Mahtum dan Hishamudin.
Dalam catatan di blognya, Hishamudin menjelaskan beliau dan Kamar Mahtum berada di sebuah hotel tetapi tidak dinyatakan nama hotel tersebut.
"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," katanya.
Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
Akhbar Daily Mail pada Selasa mendedahkan wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.
Irwan Muhammad Zain
Wed Nov 27 2013
![Hishamudin Rais: Kamar Mahtum tulis surat kepada Siti Aishah Hishamudin Rais: Kamar Mahtum tulis surat kepada Siti Aishah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71385566848_295x200.jpg)
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal? Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/81418365979_295x200.jpg)
Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal?
12 Disember merupakan hari ketiga mahasiswa Universiti Malaya (UM) berhimpun membuat protes duduk bantah Occupy UM8 yang menuntut pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap kumpulan UM8.
![Hishamudin Rais hantar notis kepada Najib minta henti kaitkan dirinya dengan Akta Hasutan Hishamudin Rais hantar notis kepada Najib minta henti kaitkan dirinya dengan Akta Hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/41399304442_295x200.jpg)
Hishamudin Rais hantar notis kepada Najib minta henti kaitkan dirinya dengan Akta Hasutan
Menurut firma guaman Daim dan Gamany, klip video itu memberi gambaran seolah-olah Hishamudin bersalah di bawah akta tersebut.
![Hishamudin Rais: Kamar Mahtum tulis surat kepada Siti Aishah Hishamudin Rais: Kamar Mahtum tulis surat kepada Siti Aishah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71385566848_295x200.jpg)
Hishamudin Rais: Kamar Mahtum tulis surat kepada Siti Aishah
Surat tersebut lapor Hishamuddin dalam blognya merupakan luahan hati seorang kakak yang kehilangan adik sekian lama.
![Misi jejaki Siti Aishah tiba di London Misi jejaki Siti Aishah tiba di London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81385546329_295x200.jpg)
Misi jejaki Siti Aishah tiba di London
Siti Aishah yang menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun di London merupakan wanita kelahiran Jelebu.