KUALA LUMPUR:Polis telah menahan seorang pemilik akaun Twitter dan sedang mengesan tiga lagi pemilik akaun laman sosial yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu dan berbaur hasutan.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, seorang daripada pemilik akaun berkenaan telah berjaya ditahan dalam satu serbuan pada 26 Oktober lalu.
Jelasnya, pemilik akaun Twitter berusia 52 tahun itu ditahan di kawasan Cheras pada Isnin.
Turut dirampas perkakasan yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan yang tular itu.
"Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.
"Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Sementara itu, tiga lagi kertas siasatan dibuka berhubung kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama "Ronnie Liu Tian Khiew" dan "Ho Ruey Terng", serta pemilik akaun Twitter "Uncle Ireeve".
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.
"Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Tindakan tegas akan diambil ke atas suspek-suspek kerana menghasut.
"Kesemua pemilik Facebook dan Twitter yang dikenal pasti diminta tampil untuk menyerah diri di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
"Sekiranya ingkar, PDRM akan mengesan dan menangkap mereka yang terlibat," tegasnya.
Justeru, PDRM menggesa rakyat Malaysia agar sentiasa menghayati Prinsip Rukun Negara bagi mengelakkan perlakuan sedemikian.
Fareez Azman
Tue Oct 27 2020

Huzir kesemua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -Gambar BERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Penutupan jalan berperingkat sempena perayaan Masi Magam - PDRM
Polis akan melaksanakan penutupan dan pembukaan jalan secara berperingkat di sekitar ibu kota bagi memastikan kelancaran Perayaan Tahunan Masi Magam yang berlangsung esok.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

NRES cadang serah kuasa kepada PDRM perkasa usaha tangani jenayah alam sekitar - Nik Nazmi
NRES sedang mempertimbangkan untuk menyerahkan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada PDRM bagi memperkasa usaha menangani jenayah alam sekitar.

Polis masih siasat punca kematian pegawai perbendaharaan - Saifuddin Nasution
Lelaki berusia 45 ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Selangor keluar garis panduan permudah, seragam pendaftaran taska Julai ini
Garis panduan bagi menyeragamkan dan memudah cara pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) di Selangor akan dikeluarkan pada Julai depan.