PUTRAJAYA: Tiga individu yang terlibat dalam penganjuran himpunan #Reformasi100Peratus di luar bangunan Parlimen, Kuala Lumpur akan tampil kepada pihak polis pada minggu hadapan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Menurutnya, kesemua individu itu merupakan penganjur dan polis berharap mereka memberi kerjasama.
"Seperti mana kita lihat, walaupun pemakluman tidak dibuat kepada pihak polis oleh penganjur, tapi kita (polis) telah memantaunya dengan baik.
"Himpunan itu berjalan lancar dan memorandum disampaikan serta hasrat mereka (berhimpun) tercapai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Presint 11 Putrajaya di sini pada Khamis.
Tambahnya, sekiranya tiada pemakluman di bawah APA 2012, ia satu kesalahan dan tanggungjawab polis menjalankan siasatan sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Dalam himpunan seawal jam 8 pagi, Selasa lalu, puluhan individu dengan majoriti memakai pakaian berwarna kuning dan hitam mula berjalan dari Plaza Tugu Negara sehingga ke persimpangan laluan masuk ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum.
Mengulas mengenai Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) di ibu negara, Sabtu ini, Allaudeen menjelaskan, pihak polis memerlukan maklumat awal termasuk dokumen sewajarnya daripada pihak penganjur bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
Ujarnya, perkara itu perlu dipastikan kerana di bawah undang-undang APA 2012, pemakluman perlu diberi lima hari sebelum penganjuran himpunan.
"Sebenarnya APA 2012 tiada permit, jadi tidak perlu gunakan istilah permit ini tiap kali dibangkitkan.
"Apa yang ada dalam akta ini adalah pemakluman lima hari sebelum dengan dokumen yang sewajarnya yang ada dalam undang-undang tersebut khususnya paling mustahak iaitu kebenaran pemilik premis," katanya.
Justeru, jelas beliau, tanggungjawab pihak polis bagi memastikan himpunan berjalan lancar dan kerana itu maklumat terperinci sangat diperlukan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 29 2024
![Himpunan #Reformasi100peratus: Tiga akan dipanggil minggu depan Himpunan #Reformasi100peratus: Tiga akan dipanggil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709187470_TBAllaudeenjpg.jpg)
Menurut Allaudeen, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. - Foto Sinar Harian
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Jangan sertai perhimpunan di Putrajaya Sabtu ini, tindakan tegas menanti - Polis Jangan sertai perhimpunan di Putrajaya Sabtu ini, tindakan tegas menanti - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Jangan sertai perhimpunan di Putrajaya Sabtu ini, tindakan tegas menanti - Polis
Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan, kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik tanah iaitu Perbadanan Putrajaya.
![Isu bekalan air UMS: Polis tidak keluarkan permit perhimpunan Isu bekalan air UMS: Polis tidak keluarkan permit perhimpunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Isu bekalan air UMS: Polis tidak keluarkan permit perhimpunan
Pihak polis berkata, pihaknya tidak dapat memproses permohonan daripada penganjur kerana tidak disertakan dokumentasi yang diperlukan.
![9 maut, puluhan cedera, pentas kempen politik runtuh akibat angin kencang di Mexico 9 maut, puluhan cedera, pentas kempen politik runtuh akibat angin kencang di Mexico](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716511910_stage.jpg)
9 maut, puluhan cedera, pentas kempen politik runtuh akibat angin kencang di Mexico
Mangsa yang maut terdiri daripada lapan orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
![Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih' Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711508809_TBAnneOoijpg.jpg)
Anwar ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'
Katanya, mendiang akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.
![PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709879380_TBartificialintelli.jpg)
PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI
Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).
![Himpunan #Reformasi100peratus: Tiga akan dipanggil minggu depan Himpunan #Reformasi100peratus: Tiga akan dipanggil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709187470_TBAllaudeenjpg.jpg)
Himpunan #Reformasi100peratus: Tiga akan dipanggil minggu depan
Tiga individu yang terlibat dalam penganjuran himpunan #Reformasi100Peratus di luar bangunan Parlimen akan tampil kepada pihak polis pada minggu hadapan.
![Polis nafi tiada kelulusan permit untuk perhimpunan mega Palestin Polis nafi tiada kelulusan permit untuk perhimpunan mega Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681898880_AshariAbuSamah.jpg)
Polis nafi tiada kelulusan permit untuk perhimpunan mega Palestin
Supt Ashari berkata, setakat Selasa, pihak penganjur masih gagal mengemukakan sebarang pemakluman dan permohonan.
![Polis buka kertas siasatan berhubung himpunan Turun Parlimen #Reformasi100Peratus Polis buka kertas siasatan berhubung himpunan Turun Parlimen #Reformasi100Peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709010963_TBhimpunanbersih.jpg)
Polis buka kertas siasatan berhubung himpunan Turun Parlimen #Reformasi100Peratus
ACP Noor Dellhan berkata pihaknya akan memanggil penganjur himpunan itu dalam masa terdekat bagi diambil keterangan.
![Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709001168_TBhimpunanbersih.jpg)
Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen
Perhimpunan anjuran Bersih itu mula berhimpun sejak jam 8 pagi bagi mendesak kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan 100 peratus pembaharuan.
![Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706507144_tbAllaudeenAbdulMa.jpg)
Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL
Sebarang perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.