Arkitek terbilang Malaysia Hijjas Kasturi menerima anugerah Ahli Kehormat (AM) the General Division of the Order of Australia.
Anugerah itu sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam hubungan Australia-Malaysia, terutama sokongannya terhadap bidang kesenian dan seni bina.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa, pada majlis penganugerahan itu di sini pada Selasa lepas, berkata beliau berbesar hati mengurniakan pingat kehormat berkenaan kepada Hijjas, 77, atas sumbangan besarnya ke arah memperkukuh hubungan antara Australia dan Malaysia.
"Saya gembira melihat sumbangan Hijjas diiktiraf menerusi anugerah berprestij ini. Australia memberi penghormatan kepada beliau hari ini, dan yakin beliau akan terus memupuk hubungan erat antara kedua-dua negara pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hubungan Hijjas dengan Australia bermula apabila beliau melanjutkan pengajian dalam bidang seni bina di University of Adelaide pada 1960 dan University of Melbourne pada 1965 selepas dianugerah biasiswa kerajaan Australia.
Sejak itu, hubungannya dengan Australia berterusan apabila beliau menjadi pensyarah di Melbourne dan Adelaide pada Mac 2008. Beliau turut menganjurkan program pertukaran pelajar jurusan seni bina dan arkitek junior dari Australia.
Hijjas merupakan pereka cipta beberapa bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Telekom serta Bangunan Tabung Haji, dan hasil kerja beliau menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Reka Cipta Tokyo ke-12 pada 1998 dan Pingat Emas Anugerah PAM (Institut Arkitek Malaysia) pada 2001.
Beliau juga merupakan pereka cipta beberapa stadium di Malaysia termasuk Stadium Shah Alam di Selangor dan Stadium Sarawak, selain terbabit mereka bentuk Putrajaya, pusat pentadbiran negara serta Pusat Konvensyen Putrajaya.
Kupa berkata selain seni bina, Hijjas terkenal kerana sumbangannya dalam bidang seni yang mana beliau dan isteri, Angela Hijjas, memiliki serta mengendali program 'Rimbun Dahan' yang didedikasi untuk menyokong pembangunan dan pemuliharaan pelbagai bentuk seni.
Bernama
Thu Apr 11 2013
Hijjas Kasturi (kiri) menerima anugerah Ahli Kehormat the General Division of the Order of Australia.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.