Akibat terlalu mudah percaya terhadap iklan pinjaman wang di Facebook, seorang akauntan berputih mata dan menanggung kerugian sebanyak RM132,120 selepas ditipu sindiket menawarkan pinjaman wang yang tidak wujud.
Kejadian bermula awal bulan ini apabila mangsa, seorang wanita berusia 30 tahun, melihat iklan pinjaman wang dari Syarikat Gold Finance Group berpejabat di Jerantut, Pahang melalui laman sosial Facebook.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki bernama Mr Miao Sheng dan dia bersetuju membuat pinjaman berjumlah RM17,000.
"Mr Miao beritahu pinjaman akan diluluskan tetapi perlu membuat bayaran pemprosesan bagi mendapatkan wang pinjaman berkenaan.
"Bermula 10 Mac lalu hingga semalam, mangsa melakukan 21 transaksi tunai membabitkan tiga nombor akaun CIMB," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua transaksi ini dilakukan di kawasan Jerantut dengan menggunakan mesin deposit tunai (CDM), mesin teller automatik (ATM) dan pembayaran melalui perbankan dalam talian.
"Jumlah pembayaran yang dibuat mangsa berjumlah RM132,120 dan kali terakhir mangsa berhubung dengan Mr Miao, dia disuruh memasukkan wang berjumlah RM17,860.00.
"Namun mangsa tidak memasukkan wang berkenaan dan berasa telah ditipu oleh individu itu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut," katanya.
Katanya, modus operandi sindiket ini adalah memperdaya mangsa dengan menawarkan pinjaman wang tidak wujud dan mendorongnya untuk membuat pelbagai bayaran sehingga melibatkan kerugian.
"Siasatan lanjut diteruskan bagi memburu suspek yang terlibat dan saya harap kesedaran daripada masyarakat supaya tidak mudah melakukan pinjaman wang tanpa merujuk ke pihak yang berkenaan,'' katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Noraniza Kamsani
Tue Mar 20 2018
Akibat percaya dengan tawaran pinjaman melalui Facebook, seorang akauntan kerugian lebih RM100,000 hanya bagi mendapatkan pinjaman RM17,000.-gambar hiasan
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Bursa Malaysia ditutup tidak berubah
Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Selasa dalam persekitaran prestasi serantau bercampur-campur.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Tekanan ketidakpastian kadar prestasi faedah AS heret turun Bursa Malaysia
Saham-saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, mencerminkan kekurangan minat pelabur susulan perkembangan di Amerika Syarikat (AS).
Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini dengan indeks petunjuk pasaran itu kembali pulih daripada penurunan mendadaknya sebelum ini.
CIMB catat untung bersih RM3.9 bilion dalam 6 bulan
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.9 bilion, meningkat 14 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024
Ringgit tidak lagi terkurang nilai, dijangka cecah RM4.25 akhir tahun ini - Ahli ekonomi
Ringgit tidak lagi dianggap sebagai terkurang nilai selepas melepasi paras RM4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Bursa Malaysia ditutup tinggi, disokong sentimen positif prestasi kewangan korporat
Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan semula dan ditutup tinggi pada Khamis didorong pembelian semasa harga murah, selepas mengalami penurunan selama dua hari berturut-turut, kata penganalisis.
BNM denda Maybank RM4.32 juta, CIMB RM760,000 berikutan gangguan perkhidmatan berpanjangan
Bank pusat itu melaporkan bahawa Maybank membayar penalti penuh untuk AMP yang dikenakan pada 8 Ogos, manakala CIMB menjelaskan penaltinya pada 12 Ogos 2024.
Keputusan terhadap permohonan semakan Muhyiddin dijadualkan semula pada 11 September
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa mahkamah telah memaklumkan kepada mereka tentang perkara berkenaan menerusi surat pada Isnin.