PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan "Help Desk" yang menempatkan pegawai yang boleh bertutur dalam bahasa asing di pintu masuk negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan ia sebahagian usaha penambahbaikan perkhidmatan Jabatan Imigresen (JIM) ketika berurusan dengan pengembara yang tiba ke negara ini.
Saifuddin menjelaskan "Help Desk" itu akan ditempatkan di pintu masuk negara dalam masa terdekat bagi menangani masalah komunikasi dengan pengembara luar negara.
"Ini adalah untuk memberikan penambahbaikan apakala travellers bila dia sampai, dia berhadapan dengan pegawai di kaunter dan dia mengalami kesulitan dalam memahami, maka Help Desk itu akan segera ditempatkan.
"Ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini," katanya pada sidang media khas pada Rabu.
Beliau juga menegaskan kuasa untuk memutuskan pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) kepada pengembara akan diberikan kepada pegawai pengurusan profesional Gred 41 ke atas berbanding KP 29 ketika ini.
Saifuddin menjelaskan keputusan yang dibuat merupakan sebahagian langkah memperbaiki pengurusan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara.
Jelas beliau, NTL diberikan kepada pengembara yang tiba sekiranya gagal menjawab tiga soalan asas iaitu di mana tempat tinggal, adakah mempunyai dana yang cukup, dan sudahkan mempunyai tiket pulang.
"Imigresen adalah pihak berkuasa yang akan membuat keputusan berkait NTL yang mana bergantung pertimbangan kepada tiga soalan asas kepada pengembara yang tiba iaitu di mana tempat tinggal, adakah mempunyai dana yang cukup dan ada tak tiket pulang.
"Langkah membaiki ke depan nanti, Imigresen pada kadar segera akan beri authority untuk memutuskan tentang NTL itu kepada pegawai pengurusan profesional gred 41 ke atas," katanya hari ini.
Saifuddin memaklumkan dalam mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu, jemaah menteri memperakui bahawa komitmen, disiplin, dan tahap perkhidmatan yang baik diamalkan oleh pegawai Imigresen namun pada masa yang sama tidak menafikan kewujudan amalan salah laku segelintir pegawai jabatan tersebut.
KDN, jelas beliau, akan memberikan kerjasama sepenuh kepada SPRM untuk menyiasat perkara berkenaan.
Astro Awani
Wed Jul 05 2023

Saifuddin Nasution menjelaskan usaha tersebut merupakan sebahagian usaha penambahbaikan perkhidmatan Jabatan Imigresen (JIM). -Gambar fail/Pejabat DSSN

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Parlimen: Sistem aduan baharu IPCC dilancarkan bulan depan - Saifuddin
Sistem Pengurusan Aduan dan Siasatan (SPEACS) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka dilancarkan bulan depan.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber
ASEAN mengakui keperluan kerjasama serantau melalui perkongsian risikan, peningkatan kapasiti dan operasi bersama.

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.