IPOH: Organisasi media perlu mengubah kaedah penyampaian berita untuk kekal relevan dengan menggunakan media sosial sebagai platform dan juga sumber berita, kata ahli panel pada Forum Media HAWANA 2023 hari ini.
Semasa sesi bertajuk "Kelangsungan Media Tradisional dalam Era Digital", ahli panel membincangkan bagaimana media sosial telah mengambil alih mod tradisional penyebaran berita, sering mendedahkan isu yang mungkin tidak dilaporkan.
Mereka bersetuju media sosial mengubah cara orang ramai menggunakan berita, justeru, organisasi media perlu menerima pakai platform berkenaan.
Pertama sekali, ia memerlukan perubahan minda.
"Saya rasa kemampuan bilik berita untuk berubah, untuk pergi ke peringkat seterusnya dalam mencipta ... kandungan adalah sangat, sangat kritikal," kata Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group.
Beliau berkata ketangkasan perlu menjadi aspek paling penting dalam perubahan minda, untuk melakukan pelbagai tugas dan menyesuaikan diri dengan lebih baik terhadap perubahan dalam teknologi.
Ahli-ahli panel berkata organisasi berita juga kekal sebagai pencipta kandungan penting, namun cabarannya ialah untuk menarik orang ramai menggunakan kandungan yang disiarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Mindshare Group Sheila Shanmugam berkata langkah seterusnya ialah "mengikuti tontonan".
Beliau berkata kini kebanyakan orang mendapatkan berita dan kandungan dalam media sosial melalui telefon mudah alih, berbanding membaca atau menonton berita. Katanya, konsep satu berita sesuai untuk semua tidak lagi boleh dilakukan dengan pelbagai platform, sama ada media tradisional atau menerusi media sosial.
"Ia berkenaan memahami platform itu, memahami khalayak dalam platform dan bagaimana sebenarnya anda mencipta kandungan. Cerita sama yang ditetapkan dengan cara berbeza, untuk berhubung dengan penonton," katanya.
Sheila berkata walaupun keluaran media tradisional ketinggalan daripada hantaran media sosial, memenuhi khalayak khusus dalam media sosial akan dapat mengatasi isu itu.
Bagaimanapun, ahli panel turut memberi amaran terhadap manipulasi media sosial, yang digunakan untuk membentuk pendapat sosial atau mencapai objektif tertentu.
Mengakui media sosial sebagai pemacu utama berita kini, Ketua Pengarang The Jakarta Post M Taufiqurrahman berkata adalah penting untuk menyedari bahawa mengabaikan media tradisional mempunyai kesan negatif.
"Terdapat kecenderungan untuk ahli politik juga mengabaikan media tradisional. Mereka mempunyai tentera yang menggunakan media sosial untuk mendekati pengundi dan pemilih, dan mereka boleh memacu agenda tertentu tanpa perlu berurusan dengan media tradisional," katanya.
Sheila turut bersetuju dengan berkata: "Semua orang kini merupakan pencipta kandungan, semua orang mahu menjadi popular".
Beliau turut menyeru pembetukan garis panduan untuk meletakkan peraturan kepada situasi dalam media sosial untuk mengekang ucapan kebencian dan penghinaan perkauman, sambil mengurangkan sekatan terhadap topik yang ingin dilaporkan.
Forum media itu yang dianjurkan bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, dihadiri peserta terdiri daripada wartawan, koresponden dan ahli akademik dari Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia, China, Jepun dan Kuwait.
HAWANA disambut pada 29 Mei setiap tahun bagi meraikan wartawan dan pengamal media di Malaysia dengan penganjuran pertama diadakan di ibu negara pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Ahli panel membincangkan bagaimana media sosial telah mengambil alih mod tradisional penyebaran berita, sering mendedahkan isu yang mungkin tidak dilaporkan. - Gambar/ Bernama
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Deklarasi wartawan bakal diumum pada Hawana 2022
Satu deklarasi bagi menyampaikan hasrat dan impian golongan wartawan berhubung masa depan negara akan diumumkan semasa penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka pada 29 Mei depan.
Akta Antiberita Tidak Benar digazet hari ini
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara awal bulan ini, digazetkan hari ini.