KUALA TERENGGANU: Penemuan ubur-ubur berbahaya jenis Portuguese Man o'War di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus merupakan kes pertama direkodkan di pantai tersebut pada tahun ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, kehadiran ubur-ubur itu disedari selepas ada pengunjung memuat naik penemuan itu dalam media sosial.
Berikutan itu menurutnya, beberapa anggota APM telah membuat pemantauan di Pantai Seberang Takir dan berjaya menemui haiwan marin tersebut atau nama saintifiknya ‘physalia physalis’ terdampar di pesisir pantai.
"Jadi kita berharap orang ramai lebih berhati-hati ketika berkunjung dan beriadah di Pantai Seberang Takir, jangan sentuh atau pegang jika terjumpa ubur-ubur kecil berwarna biru ini kerana ia berbahaya.
"Bisa ubur-ubur ini boleh melumpuhkan mangsa melalui sengatannya selain turut menyebabkan melecur pada kulit dan lebih serius, ia boleh membawa maut jika tidak dirawat segera," katanya di sini pada Selasa.
Pada Isnin, tular dalam Facebook tentang penemuan ubur-ubur dipercayai jenis Portuguese Man o'War di Pantai Seberang Takir oleh orang awam yang berkunjung ke sana.
Mengulas lanjut Mohd Rosman berkata, penemuan ubur-ubur Portuguese Man o'War boleh dikatakan direkodkan hampir setiap tahun di pantai negeri ini sejak beberapa lalu.
Katanya, sebanyak 12 kes ubur-ubur jenis sama dicatatkan pada tahun 2020.
"Namun orang ramai tidak perlu risau kerana kita sentiasa memantau perkara ini termasuk di pantai-pantai lain juga selain memberi nasihat kepada pengunjung pantai.
"Kita harap buat laporan jika ada terjumpa ubur-ubur berbisa ini bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 24 2023
Ubur-ubur beracun yang ditemui terdampar di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus. -Foto APM
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.
Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan - Dr Zaliha
Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum.
MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook
MCMC telah merakam percakapan ADUN Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Jan lepas, berhubung suatu hantaran palsu mengenai Perdana Menteri.
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Ubur-ubur beracun: PBT disaran pasang papan tanda amaran
Kerajaan negeri Terengganu menyarankan PBT di setiap daerah memasang papan tanda amaran di kawasan pantai tumpuan pengunjung susulan penemuan ubur-ubur beracun jenis Portuguese Man o'War.
Cuka rawatan awal sengatan ubur-ubur
Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.
Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.