Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini sebaliknya akan berkempen membantu Barisan Nasional.
Katanya, beliau lebih selesa bersama dengan badan bukan kerajaan Jalur Tiga (Jati) yang ditubuhkannya untuk membela agama Islam, orang Melayu dan institusi raja.
Jelas Hasan, orang Melayu dan agama Islam memerlukan sebuah NGO yang kuat untuk menghadapi cabaran semasa yang semakin getir dalam mengagungkan Islam dan memartabatkan Melayu.
"Saya dan teman-teman di Jati telah membuat ikrar untuk terus berjihad untuk tidak melihat dan Melayu diinjak-injak di bumi bertuah ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Tambah Hasan, Jati bersama NGO Islam yang lain akan menggerakkan kempen bagi menentukan BN terus berkuasa termasuk merampas semula beberapa negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Hasan menubuhkan Jati selepas dipecat oleh Pas pada awal tahun lalu kerana tindakan-tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti Islam itu.
Hasan sebelum itu lantang mengkritik dasar dan keputusan Pas termasuk kemuncaknya apabila beliau menolak perhimpunan yang dianjurkan pada hari keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebulan sebelum pemecatannya.
Hasan mengeluarkan kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan daripada banyak pihak mengenai penyertaannya dalam PRU-13 ini.
Katanya, beliau ada menerima tawaran untuk bertanding dan menghargai harapan dan kepercayaan pimpinan UMNO dan BN kepadanya.
Namun setelah berbincang dengan pelbagai pihak dan mengambil kira penyertaannya dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini, Hasan berkata, beliau memutuskan untuk tidak bertanding kali ini.
Astro Awani
Fri Apr 19 2013
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Hasan peroleh ganti rugi RM200,000 menang kes saman terhadap Mahfuz
Saman tersebut difailkan Hasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Anggota Parlimen Pokok Sena itu yang mendakwa beliau menerima bantuan kerajaan dalam setiap siri ceramahnya.
Konflik kepimpinan PAS dalam isu MB Selangor
Satu tragedi yang begitu menyayat sedang berlaku dalam PAS satu-satunya parti Islam yang berjuang atas landasan AlQuran dan AsSunnah di negara ini.
Mahkamah perintah Khalid Samad bayar RM320 ribu kepada Hasan Ali
Hasan Ali failkan saman fitnah selepas Khalid Samad mendakwa Syabas dan Puncak Niaga sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.
Permohonan Comango adalah tindakan biadab - Hasan Ali
Dato Dr Hasan Mohamed Ali menganggap permohonan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah adalah tindakan yang biadap.
Hasan Ali menang saman fitnah terhadap MP Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu selepas berpuas hati Hasan berjaya membuktikan kenyataan Khalid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, dibuat dengan niat jahat.
Pas perlu kemukakan nama calon MB Selangor - Hasan Ali
Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata PAS Selangor perlu mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor kerana peluang ini hanya datang sekali sahaja.
Hasan Ali umum tidak tanding PRU-13
Datuk Dr. Hasan Ali mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13
Rakyat perlu tolak parti ketepikan agenda perpaduan Islam - Hasan Ali
Bekas ahli Pas, Datuk Dr Hasan Ali menggesa rakyat khususnya orang Melayu menggunakan kuasa undi mereka untuk menolak parti politik yang mengenepikan agenda perpaduan Islam dalam PRU-13
Hasan Ali: Nasharudin mungkin dipecat
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr. Hasan Ali tidak menolak kemungkinan Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa bakal berdepan nasib sama sepertinya iaitu dipecat daripada PAS.