Satu tragedi yang begitu menyayat sedang berlaku dalam PAS satu-satunya parti Islam yang berjuang atas landasan AlQuran dan AsSunnah di negara ini.
Di satu segi tragedi ini terjadi hasil daripada kemasukan terancang puak parasit yang sememangnya dari awal berhasrat untuk memporakperanda dan mengguling sayap ulamak yang merupakan anggota teras PAS sejak dari awal penubuhannya.
Dari satu segi yang lain, tragedi ini dikatakan sebahagian daripada "grand design" Dato Seri Anwar Ibrahim untuk melihat PAS tidak mempunyai kekuatan melebihi PKR sebagai langkah mudah untuk mengurus parti Islam itu dalam konteks kesinambungan Pakatan Rakyat dalamana Anwar Ibrahim menjadi peneraju utama dan dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri.
Seperti yang pernah saya sebutkan, Anwar Ibrahim memerlukan sesuatu yang dramatis untuk mengelak diri daripada merengkuk di Sungai Buluh.
Salah satu peluang yang ada dan bertepatan dengan skima politik "melepas diri" ialah dengan menimbulkan suasana harubiru dalam PAS yang dilihat sebagai pencabar utama kepada muslihat politiknya.
Belum pernah dalam sejarah parti Islam ini ujud keadaan dalmana ada sebahagian pimpinan lapis pertama secara terbuka menidakkan Presiden parti.
Presiden dicerca, dimalu, dihina dan "ditelanjangkan" secara terbuka dikhalayak. Boleh dikatakan tiada lagi darjah penghinaan yang tidak diguna dan ditujukan kepada Presiden parti.
Saya telah mengenali secara peribadi Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi sejak awal 70 an lagi. Pernah bermusafir bersama kebeberapa negara didunia.
Hadi bagi saya contoh hidup ulamak tulen dari segi ilmu, amalan, akhlak dan yang penting dalam apa keadaan terus tegak dengan prinsip dan nilai keulamakannya.
Membandingkan kredibiliti kepimpinan Hadi dengan mana-mana parasit yang dilihat tergedik-gedik menjulang skima politik Anwar Ibrahim samalah seperti meletakkan kasturi sejajar dengan secebis najis.
Saya amat yakin kenyataan Hadi yang dikeluarkan dua hari yang lalu menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai MB Selangor bukan dibuat secara sempang perenang. Ianya adalah bersumberkan satu pemikran yang terbentuk melalui ibadah tafakkur, tadabbur, istikharah, munajat dan lenangan airmata memohon selintas petunjuk.
Di satu pihak yang lain jelas mereka didorong oleh tuntutan nafsu yang menjadikan mereka sombong, bongkak dan ujub. Mereka sanggup mengenepikan landasan akhlak, etika dan mencemari prinsip-prinsip kepimpinan dan kepengikutan seperti yang terpancar dalam fiqh politik Islam. Mereka mengenepikan langsung ilmu yang ditimba dalam sesi usrah, tamrin dan berbagai lagi.
Hadi memerlukan sokongan dan dokongan dari semua pihak dalam parti Islam itu. Tidak cukup sekadar sayap ulamak, pemuda dan Pas Selangor. Seluruh sejuta ahli PAS dan masyarakat Islam amnya di negara ini seharusnya berdiri sebaris dengan Presiden parti ketika PAS sedang menghadapi cabaran getir bikinan musuh dalam selimut dan orang luar yang semakin terdesak untuk mencari keledai yang boleh menanggung sama beban peribadi dan beban partinya yang tidak mampu ditanggung dan dipikulnya lagi.
Mohon semoga semangat Madrasah Ramadhan akan membawa pimpinan dan ahli PAS ketampuk asalnya bersumberkan AlQuran dan AsSunnah. Amin.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Datuk Dr. Hasan Ali ialah Presiden JATI dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor
**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Hasan Ali
Sat Jul 26 2014
HASAN: Belum pernah dalam sejarah PAS ujud keadaan dimana ada sebahagian pimpinan lapis pertama secara terbuka menidakkan Presiden parti.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik hingga jejaskan rakyat - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Kerajaan MADANI: Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM Anwar
Beliau berkata, ketika ini, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama.
PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.
Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesihatan Prabowo: Teddy Indra Wijaya perlu telus tentang situasi sebenar
Percanggahan alasan dari Setiausaha Kabinet Indonesia tentang pembatalan lawatan Prabowo menimbulkan persoalan di kalangan media