Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berjaya dalam samannya terhadap anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, yang didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah beliau dalam satu sidang media pada Februari 2012.
Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas berpuas hati Hasan berjaya membuktikan kenyataan Khalid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, dibuat dengan niat jahat.
Dalam penghakimannya, Yaacob berkata dalam kes itu, mahkamah perlu melihat sama ada sidang media Khalid bertujuan menjawab dakwaan Hasan terhadap beliau berhubung isu 'parasit'.
"Setelah menimbang keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati defendan telah melebihi atau melangkaui daripada hanya mengadakan sidang media bagi tujuan mempertahankan diri tetapi telah menjangkau kepada isu yang tiada kaitan dengan perkara yang dituduh oleh plaintif, iaitu tentang isu parasit.
"Kenyataan defendan melebihi komen yang adil dan defendan tidak boleh dilindungi di bawah perlindungan bersyarat," katanya.
Yaacob menetapkan 27 Nov ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung jumlah ganti rugi dan kos.
Penyataan tuntutan Hasan, yang difail pada 12 April tahun lepas, mendakwa Khalid telah menuturkan perkataan bersifat fitnah terhadap beliau dalam sidang media bertarikh 24 Feb 2012.
Beliau berkata lanjutan sidang media itu, Khalid menerbitkan atau mengakibatkan penerbitan fitnah berkenaan dalam bentuk artikel bertajuk 'Video: Siapa Taja Hasan Ali' di laman blog defendan di http://www.khalidsamad.com.
Plaintif juga mendakwa wartawan yang hadir melaporkan kenyataan Khalid dalam portal berita atas talian, antaranya, laman sesawang 'mstar' melalui artikel bertajuk 'Khalid Soal Sama Ada Puncak Niaga & SYABAS Taja Jati' dan laman sesawang 'Malaysiakini' dengan artikel 'PAS asks Hasan Ali: Who's funding you?'.
Hasan berkata penerbitan kenyataan itu mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk terhadap reputasi, imej dan nama baiknya selain merendahkan martabat beliau di mata anggota masyarakat.
Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk selain perintah injunksi menghalang Khalid daripada terus menerbit atau menyebabkan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan, faedah pada kadar lapan peratus, kos serta relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.
Pembelaan Khalid, antara lain, mendakwa selepas dipecat oleh PAS dan sebelum sidang media berkenaan, Hasan telah mengadakan ceramah jerayawara di seluruh negara, dan dalam ceramah itu, plaintif antara lain menyerang PAS serta beliau dengan pelbagai tuduhan seperti 'parasit' dalam PAS.
Khalid juga mendakwa kenyataan beliau bukan bersifat memfitnah Hasan dan ia mempunyai unsur pernyataan fakta dan/atau pendapat.
Anggota Parlimen itu berkata jika sekalipun kenyataan berkenaan adalah fitnah, yang mana dinafikan, ia merupakan satu komen adil dan berpatutan berasaskan fakta serta perkara benar dan tepat.
Sepanjang perbicaraan, Hasan yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican memanggil dua saksi manakala Khalid, yang diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin, mengemukakan tiga saksi.
Bernama
Thu Oct 31 2013
![Hasan Ali menang saman fitnah terhadap MP Shah Alam Hasan Ali menang saman fitnah terhadap MP Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/61353211640_295x200.jpg)
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
![Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721046171_LimGuanEng.jpg)
Yayasan Albukhary: Guan Eng tidak batalkan pengecualian cukai ketika jadi Menteri Kewangan
Lim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary, semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716980050_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi
Ia susulan aduan diterima pihak Kementerian Komunikasi serta MCMC tentang aktiviti berkempen secara tidak sihat dan menggunakan dakyah, fitnah serta unsur provokatif.
![Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima
Manivanan berkata tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana ia turut mencemarkan suasana harmoni dan demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
![PM Anwar nafi beliau anak angkat Amerika, MOF pinjam duit IMF PM Anwar nafi beliau anak angkat Amerika, MOF pinjam duit IMF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719395406_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar nafi beliau anak angkat Amerika, MOF pinjam duit IMF
Antara tuduhan adalah mendakwa beliau anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan meminjam wang IMF dan beliau mengikut tunjuk ajar Yahudi.
!['Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan 'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717731876_KesZaynRayyan.jpg)
'Saya dianiaya, ini semua fitnah' - Bapa Zayn Rayyan
Kata-kata bapa Zayn Rayyan mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.
![Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615986_DeepakJaikishan.jpg)
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
![Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714356995_CheguBardjpg.jpg)
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
![KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713154859_kjlokmanadam.jpg)
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.