KUALA LUMPUR:Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang baharu menggantikan Lt Jen Datuk Abdul Halim Jalal berkuat kuasa 19 Dis.
Pelantikan Hasagaya bagi menggantikan Abdul Halim yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor kelima UPNM dari 1 Mei 2018 hingga 18 Dis tahun ini.
Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UPNM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Hasagaya adalah berdasarkan latar belakang pendidikan cemerlang selain kriteria yang ditetapkan memenuhi standard pemegang jawatan Naib Canselor.
Menurut kenyataan itu, adalah keperluan bagi kepimpinan UPNM memahami dunia pertahanan dan keselamatan, aspek regimental ketenteraan, memiliki jaringan antarabangsa dengan tentera luar negara, memiliki kepakaran pengurusan pertahanan dan logistik.
Selain itu, kepimpinan UPNM juga perlu berpengalaman melatih, memahami pelbagai aspek keperluan ketenteraan serta sentiasa relevan dan konsisten untuk menerajui tampuk kepimpinan universiti itu.
Sementara itu, UPNM merakamkan ucapan terima kasih atas semua sumbangan yang diberikan Abdul Halim dan mengalu-alukan kedatangan Hasagaya serta pucuk pimpinan yang bakal dipelopori sebagai Naib Canselor UPNM yang baharu.
Majlis Serah Menyerah Tugas Naib Canselor diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UPNM di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
Pelantikan Hasagaya berdasarkan latar belakang pendidikan cemerlang selain kriteria ditetapkan memenuhi standard pemegang jawatan Naib Canselor.
Pengumuman pencalonan Oscars ditunda ke 19 Jan akibat kebakaran di Los Angeles
Akademi turut memanjangkan tempoh pengundian untuk memilih pencalonan selama dua hari sehingga 14 Jan.
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa beri suapan kepada pegawai polis
Peniaga kelapa warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memberi suapan wang tunai berjumlah RM3,900 kepada seorang pegawai polis pada 1 Januari lalu.
TPM saran perbanyak inisiatif berimpak tinggi
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu memperbanyak inisiatif berimpak tinggi, maju dan melangkah ke hadapan.
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diarahkan mengemukakan cadangan bagi skim perjawatan baharu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelesaikan isu perjawatan sejumlah 9,719 kakitangan yang msiah berstatus kontrak.
Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan
Zaliha berkata, perkara itu adalah sulit dan merupakan hak Lembaga Pengampunan.
TMM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong
Pemain industri pelancongan digesa supaya bersiap sedia dan meningkatkan perkhidmatan mereka selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Bekas petugas ASNB cawangan Sibu didakwa pecah amanah lebih RM263,000
Seorang bekas petugas Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Cawangan Sibu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM263,296.12.
Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.
TPM arah KEMAS kemuka cadangan tambah baik skim perjawatan kepada JPA
KEMAS diarah untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA sebagai penyelesian kepada 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.
Rumah Paris Hilton di Malibu musnah dalam kebakaran di Los Angeles
Rumah selebriti terkenal Amerika Syarikat yang juga hos TV, pelakon dan model, Paris Hilton, di Malibu musnah sepenuhnya akibat kebakaran di Daerah Los Angeles, California, lapor TASS media.
Hasagaya dilantik Naib Canselor baharu UPNM
Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang baharu.