KUALA LUMPUR: Isu berkaitan harta intelek melibatkan produk terutamanya yang dipelopori usahawan tempatan kembali hangat, dengan yang terkini melibatkan usahawan muda dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Dilaporkan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, telah mengambil tindakan terhadap seorang peniaga kerana menciplak hampir 90 peratus bungkusan Sambal Nyet yang dijualnya sejak empat tahun lepas.
Khairul Aming yang dipetik media berkata, isu yang turut tular di media sosial itu pernah berlaku sebelum ini, namun masih ada segelintir pihak yang masih berdegil menciplak sambal keluarannya.
Untuk rekod, Sambal Nyet keluaran Khairul Aming telah didaftarkan tanda dagangan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan diluluskan pada 2 Nov 2021.
Pada Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologies Sdn Bhd didapati meniru dan melanggar reka bentuk Telekung Siti Khadijah Harmoni milik Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.
Mahkamah mendapati Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologies selaku plaintif meniru dan melanggar reka bentuk Telekung Harmoni milik Padzilah Enda dan Siti Khadijah Apparel selaku defendan.
Siti Khadijah Apparel mendakwa tindakan Airaz Technologies yang menjual, mengiklan dan mengedar Telekung Suqainah Lite Airaz melanggar hak reka bentuk perindustriannya kerana meniru dan menciplak reka bentuk telekung milik Siti Khadijah Apparel.
TIDAK MENGHORMATI HAK
Mengulas isu ciplak ini, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Haliza A Shukor mengakui, masih wujud segelintir pemain industri yang tidak menghormati hak harta intelek orang lain meskipun menyedari terdapat undang-undang yang memberikan perlindungan terhadap produk berkenaan.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku apabila ada sesetengah pihak sengaja mengambil jalan mudah dengan meniru atau menciplak produk orang lain tanpa keizinan pemilik asal.
"Kita lihat kebelakangan ini ramai yang mula cakna kepentingan perlindungan harta intelek. Namun, apa yang masih kurang ialah kesedaran tentang kepentingan menghormati hak harta intelek orang lain.
"Seharusnya, kempen tentang kesedaran harta intelek hendaklah lebih berfokus kepada menghormati harta intelektual orang lain serta kesan undang-undang yang akan dihadapi sekiranya meniru ciptaan orang lain," katanya kepada Bernama.
Menurut beliau, kesedaran mengenai harta intelek itu penting bagi memastikan setiap produk yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan atau individu itu turut tidak disalah guna orang lain.
Harta intelek terdiri daripada cap dagang, hak cipta, petunjuk geografi, reka bentuk perindustrian, paten dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.
Setiap harta intelek tersebut dilindungi undang-undang yang memberi perlindungan daripada digunakan pihak lain tanpa kebenaran.
Antaranya Akta Hak Cipta 1987 iaitu melindungi karya kreatif seperti novel, filem, gambar, arca dan lagu; Akta Cap Dagangan 2019 pula melindungi logo atau simbol yang digunakan dalam aktiviti perdagangan manakala Akta Paten 1983 memberikan perlindungan terhadap produk inovasi baharu.
Pemilik harta intelek boleh mengambil tindakan di Mahkamah Tinggi Sivil dan mereka yang didapati bersalah melanggar akta-akta terbabit berdepan bayaran ganti rugi puluhan ribu ringgit kepada pemilik harta intelek.
Selain itu, mereka juga boleh didakwa menurut pertuduhan jenayah sekiranya pemilik harta intelek membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan berdepan dengan jumlah denda lebih besar atau hukuman penjara.
DAPAT PERLINDUNGAN
Mengulas lanjut, Haliza berkata, perlindungan harta intelek akan mendorong pemain industri bersaing dalam pasaran tanpa rasa ragu terhadap pihak lain yang berkemungkinan cuba untuk mengambil kesempatan terhadap produk yang ditawarkan mereka.
Ia secara tidak langsung membantu mengekang kegiatan pihak yang tidak bertanggung jawab untuk mengaut kekayaan yang tidak patut daripada hasil jualan produk berkenaan.
Beliau turut menyarankan supaya pemain industri mengambil tindakan melindungi produk mereka dengan membuat pendaftaran harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
MyIPO adalah agensi tunggal yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran harta intelek di negara ini. Ia turut bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pembangunan sistem harta intelek serta bertindak sebagai agensi kerajaan di bawah KPDN.
Haliza menjelaskan, apabila pendaftaran harta intelek dibuat, maka tindakan undang-undang boleh diambil bagi kes-kes yang melibatkan isu plagiat atau ciplak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Selain itu, dengan mendaftarkan produk mereka di bawah MyIPO, ia juga dilihat dapat membantu usahawan meningkatkan daya kreativiti melalui penciptaan produk yang bersifat inovasi baharu dan reka cipta .
"...dan apabila adanya pembangunan ini, maka proses pemindahan teknologi akan berlaku dan ia akan menarik pelabur luar untuk membuat pelaburan dengan lebih yakin di Malaysia kerana terdapat undang-undang yang sewajarnya untuk memberi perlindungan kepada inovasi yang dibangunkan," tambahnya.
UNDANG-UNDANG SEDIA ADA MEMADAI
Haliza turut berpandangan, undang-undang sedia ada dilihat memadai untuk melindungi harta intelek bagi produk yang didaftarkan.
"Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak, iaitu apabila wujudnya permintaan, maka penawaran juga berlaku.
"Keadaan ini menyebabkan senario ciplak berterusan walaupun undang-undang sedia ada meletakkan hukuman tertentu bagi kesalahan ini," katanya.
Namun, katanya, ia turut bergantung kepada pemilik harta intelek itu sendiri sama ada mereka mahu mengambil tindakan undang-undang atau sebaliknya, kepada pihak yang meniru produk mereka.
"dan keadaan ini juga dilihat sama ada mereka (pemilik produk) mengambil langkah yang sempurna dan sebaiknya daripada segi pendokumentasian serta memenuhi syarat-syarat berkaitan prosedur perlindungan harta intelek tersebut
"Sekiranya berlaku peniruan (produk), tindakan segera seharusnya diambil bagi mengelakkan peniruan itu berleluasa meskipun pemilik terpaksa mengeluarkan kos yang besar. Ini kerana melindungi dan menguatkuasa harta intelek ini adalah sama seperti melindungi perniagaan, " katanya yang berpengalaman mengendalikan kes berkaitan harta intelek.
Ahmad Hafiz tidak menolak kemungkinan peningkatan terhadap kreativiti dan inovasi dalam penghasilan sesebuah produk itu, turut mendorong kepada kegiatan peniruannya di pasaran.
Beliau berkata, ia susulan ramai usahawan mempunyai idea baharu yang lebih segar dan secara tidak langsung produk mereka disifatkan lebih berdaya saing.
''Jika sebelum ini mungkin pihak berkenaan lebih selesa untuk mengikut cara atau reka bentuk konservatif dan tradisional, tetapi apabila inovasi produk meningkat, kebarangkalian ia untuk ditiru juga akan meningkat.
''Harta intelek adalah aset tidak ketara menyebabkan ia sukar mendapat empati pihak luar untuk menghargai kepentingan perlindungannya. Hanya pemilik harta intelek yang pernah berdepan kes ditiru atau diciplak sahaja yang memahami 'kesakitan' itu,'' katanya.
Bersempena dengan Hari Harta Intelek Sedunia yang disambut pada 26 April setiap tahun, kerajaan Malaysia turut mewartakan tarikh itu sebagai Hari Harta Intelek Negara, bertujuan memberikan penekanan signifikan tentang kesedaran, kepekaan dan pengetahuan berkaitan harta intelek kepada golongan perniagaan, pelabur dan masyarakat. - BERNAMA
* Artikel ini bersempena Hari Harta Intelek Negara yang disambut pada 26 April setiap tahun.
** Tema sambutan yang dipilih tahun ini "Harta Intelek Nadi Malaysia Madani" bagi mengiktiraf kreativiti dan inovasi dalam kalangan masyarakat negara ini serta bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai tentang kepentingan harta intelek.
Bernama
Fri Apr 26 2024
Khairul Aming pernah menjadi mangsa seorang peniaga kerana menciplak hampir 90 peratus bungkusan Sambal Nyet yang dijualnya sejak empat tahun lepas. - Gambar fail
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
Consider This: Teens, Tech & Trust (Part 2) — Building Digital Resilience
In Malaysia, 75% of teenagers use social media daily—but with this constant connection comes a growing number of risks. A new report by the think tank SERI titled ‘Teens, Tech, and Trust’ reveals that fewer than half of Malaysian teens feel safe online— with cyberbullying, scams, and hacking being everyday realities. Meanwhile, questions are being raised about whether schools, parents, and even social media platforms are doing enough to protect our young digital citizens. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Benjamin Loh, senior lecturer at Taylor’s University School of Media and Communication and director of the Impact Lab for Peace, Justice and Strong Institutions.
AWANI Tonight 23 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt's,PM's approval ratings improve - Merdeka Center
2. Honda & Nissan begin merger talks, expected to form world's third largest carmaker
#AWANIEnglish #AWANINews
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.