Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang menjalankan kerja-kerja pencarian harta peninggalan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka di sini diberi tempoh sehingga 1 Ogos depan bagi menyelesaikan kerja-kerja pencarian berkenaan.
Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata pencarian tersebut perlu dihentikan serta-merta sekiranya ia tidak membuahkan sebarang hasil.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi memelihara ekosistem dan alam semula jadi Pulau Nangka yang dikhuatiri terjejas ekoran kerja penggalian lubang di beberapa kawasan di pulau berkenaan.
"Kalau dalam tempoh itu masih tidak menjumpai bukti konkrit mengenai harta yang didakwa tersimpan di pulau ini, kerja pencarian perlu dihentikan...biarlah pulau ini sebegini kerana kita tidak mahu merosakkan ekosistem semula jadinya," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke pulau itu di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.
Ghazale berkata berdasarkan lawatan tersebut, beliau mendapati syarikat terbabit telah melakukan penggalian di kawasan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan negeri.
"Kerja penggalian hanya dibenarkan di dua kawasan sahaja dan syarikat ini perlu menimbus kembali lubang lain yang telah digali," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati terdapat kira-kira lima kawasan penggalian yang dilakukan di pulau tersebut.
Sementara itu, Abdul Latiff berkata Perzim akan menempatkan seorang pegawainya di Pulau Nangka bagi memantau perkembangan pencarian harta tersebut agar tidak merosakkan struktur pulau itu.
Katanya syarikat terbabit yang memulakan kerja pencarian pada awal tahun ini sepatutnya mengemukakan bukti terlebih dahulu kepada kerajaan negeri mengenai kewujudan harta sebelum melakukan penggalian di kawasan baharu.
Pada 30 April lepas, dua artifak berbentuk bulat dan berwarna kekuningan ditemui syarikat terbabit namun hasil ujian makmal mendapati artifak berkenaan hanya merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit.
Bernama
Tue Jun 17 2014

Pencarian harta di Pulau Nangka: Kerajaan Melaka beri tempoh sehingga 1 Ogos
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Buru 'harta karun' di Sungai Pahang
Catatan sejarah pernah merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.

Nelayan Sumatera temui harta karun, artifak dipercayai dari empayar Srivijaya
Salah satu penemuan paling luar biasa setakat ini ialah patung Buddha bersaiz besar bertatahkan permata dari abad ke-8.

Jangan ganggu kawasan ekskavasi Kota Syahbandar - Muhammad Jailani
Kawasan tersebut terletak di bawah Akta Warisan Kebangsaan dan bidang kuasa kerajaan negeri, mana-mana penceroboh boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pencarian harta karun secara elektronik mengenai Rukun Negara 30 Ogos ini
Pencarian harta karun secara elektronik itu akan diadakan pada 30 Ogos ini dan anda tidak perlu keluar rumah untuk menyertainya.

Jabatan Warisan minta hentikan aktiviti pencarian harta karun di Jasin
Terdapat kumpulan melakukan kerja pencarian tanpa lesen selepas mempercayai terdapat harta peninggalan zaman penjajahan Jepun di Jasin.

Harta di Pulau Nangka: Kerajaan Melaka beri tempoh sehingga 1 Ogos
Pencarian tersebut perlu dihentikan serta-merta sekiranya ia tidak membuahkan sebarang hasil.

Syiling Pulau Nangka berfungsi sebagai tangkal, bukan mata wang
Kajian yang dilakukan ke atas syiling terbabit mendapati, berdasarkan tulisan Jawa kuno yang terdapat pada medal tersebut, ia digunakan sebagai tangkal azimat masyarakat pada zaman ketika itu.

Pulau Nangka jadi tapak warisan UNESCO jika ada harta karun - Idris
Pulau Nangka akan diiktiraf sebagai tapak warisan sejarah sekiranya artifak yang ditemui adalah peninggalan kesultanan Melayu Melaka.

Perlu kerjasama buru harta Flor De La Mar
Kerajaan perlu bekerjasama dengan Portugal dalam usaha menyelesaikan misteri harta karun dalam kapal milik tentera Portugis, Flor De La Mar.