KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2022, dengan tema sambutan tahun ini, “Gender Equality Today for Sustainability Tomorrow”.
Pada tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) memilih tema ‘Saksama Bersama’ atau “Break the Bias” yang juga bertepatan dengan matlamat yang digariskan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) untuk meningkatkan kesedaran seluruh lapisan masyarakat tentang peri pentingnya mencapai kesaksamaan jantina di Malaysia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang secara rasminya mengiktiraf Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 1977, turut menerima Konvensyen Tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW), iaitu satu perjanjian penting antarabangsa yang menggariskan hak-hak wanita. Malaysia turut tidak ketinggalan dalam hal ini dengan mengambil keputusan untuk menandatangani CEDAW pada tahun 1995.
PBB telah menganjurkan Persidangan Wanita Sedunia Ke-4: Tindakan untuk Kesaksamaan, Pembangunan dan Keamanan (Fourth World Conference on Women: Action for Equality, Development and Peace) dari 4 hingga 15 September 1995 di Beijing, China.
Hasil persidangan ini, satu Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing 1995 telah dipersetujui untuk diterima pakai oleh semua negara anggota dan dianggap sebagai kerangka tindakan paling progresif yang pernah ada untuk memajukan hak wanita.
Selaras dengan Teras Kelima Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), untuk mencapai kesaksamaan jantina, serta memperkasa wanita dan anak-anak perempuan, Hari Wanita Sedunia merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan negara.
Ia juga bertepatan dengan komitmen MASA untuk mengangkat martabat golongan wanita yang mewakili 48.62 peratus populasi Malaysia dan menjadi tulang belakang keluarga yang menjadi asas kemenjadian anak bangsa.
Berdasarkan skor Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM), Malaysia berada pada kedudukan ke-74 daripada 156 negara di dunia.
Menurut laporan itu, pencapaian wanita amat membanggakan dalam sub-indeks pendidikan dengan skor 1.059 manakala sub-indeks kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.956.
Bagaimanapun, bagi sub-indeks peluang dan penyertaan ekonomi, skor yang dicatatkan hanyalah 0.738 mata.
Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) yang melibatkan wanita dalam negara juga masih rendah iaitu sekitar 55.3 peratus pada 2020, berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura pada 69.7 peratus dan Thailand pada 66.8 peratus.
Dalam pada itu, penguasaan politik mencatat skor terendah iaitu 0.100 mata yang secara jelas menunjukkan jurang pembabitan wanita dalam bidang politik yang masih besar.
Berdasarkan statistik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2020, hanya 38.2% penjawat awam wanita di peringkat pembuat keputusan melalui pengisian Gred Utama C dan ke atas.
Manakala di sektor swasta pula, baru mencecah 25.8% berdasarkan keanggotaan wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah di 100 syarikat tersenarai awam.
Sehubungan itu, MASA berpendapat sudah tiba masanya fokus diberikan oleh kerajaan bersama-sama pemegang taruh lain dalam mengangkat dan mengiktiraf kedudukan serta sumbangan wanita secara saksama, setaraf dengan potensi mereka.
Pelan Strategik KPWKM 2021-2025, yang antara fokusnya adalah melindungi hak golongan rentan termasuk wanita, boleh dijadikan pemangkin ke arah matlamat tersebut.
Menurut Tinjauan Tenaga Buruh (Labour Force Survey) 2020 yang dikeluarkan oleh DOSM, walaupun pekerja lelaki adalah lebih banyak dibuang kerja berbanding wanita (60% lelaki kepada 40% wanita) sewaktu pandemik, ini boleh menunjukkan terdapat lebih banyak pekerja lelaki berbanding wanita di dalam sektor pekerjaan.
Mengambil kira pandemik COVID-19 yang telah memberi impak besar dalam bidang ekonomi dan sosial di dalam dan luar negara, MASA berpendapat suatu pendekatan holistik dan inklusif perlu dirangka dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan pasca pandemik, terutamanya bagi menangani isu stereotaip gender dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan keluarga.
MASA berharap agar dasar dan strategi yang memfokuskan keterangkuman gender khususnya penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan dapat diberi keutamaan bagi mencapai kesaksamaan gender di Malaysia, sekaligus meningkatkan ketelusan dan tadbir urus yang baik untuk menjamin keharmonian negara.
Azril Mohd Amin
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Masa Depan Malaysia
Kenyataan Media
Tue Mar 08 2022

KPWKM memilih tema 'Saksama Bersama' atau 'Break the Bias' yang juga bertepatan dengan matlamat yang digariskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dugaan membesarkan anak menderita kanser, Mazliana tak akan mengalah
Cabaran membesarkan anak sakit kanser dan dugaan kematian suami tidak menghalang Mazliana Ahmad untuk terus berjuang dalam perniagaan.

Membesarkan anak istimewa bukan pengorbanan tetapi tanggungjawab - Zarina Zainuddin
Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, Astro Gempak kongsikan temu bual eksklusif Zarina Zainuddin supaya ia menjadi inspirasi.