KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menggesa semua orang mendengar suara wanita yang memperjuangkan hak mereka.
Seri Paduka bertitah baginda secara peribadi akan terus menyokong mana-mana gerakan yang memperjuangkan hak wanita, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
"Ini semua tentang pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender. Adalah penting untuk mendengar wanita memperjuangkan hak mereka," titah Seri Paduka pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan di sini hari ini.
Tunku Azizah juga memuji wanita kerana memainkan peranan penting di Malaysia, termasuk sebagai pendamai yang penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini.
Pada majlis anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) itu, Tunku Azizah turut melancarkan buku bertajuk 'Keberanian Pelopor NCWO' mengenai pengasas NCWO.
Majlis turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
![Hari Wanita Kebangsaan: Dengarlah suara wanita - Permaisuri Agong Hari Wanita Kebangsaan: Dengarlah suara wanita - Permaisuri Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661412908_RajaPermaisuriAgon.jpg)
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bertitah pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Ke-60 di Dewan Perdana Felda hari ini. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Hari Wanita Kebangsaan: Dengarlah suara wanita - Permaisuri Agong Hari Wanita Kebangsaan: Dengarlah suara wanita - Permaisuri Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661412908_RajaPermaisuriAgon.jpg)
Hari Wanita Kebangsaan: Dengarlah suara wanita - Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menggesa semua orang mendengar suara wanita yang memperjuangkan hak mereka.
![Hari Wanita Kebangsaan 2020: Empat fokus utama digarap Hari Wanita Kebangsaan 2020: Empat fokus utama digarap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582161323_DrWanAzizah.jpg)
Hari Wanita Kebangsaan 2020: Empat fokus utama digarap
Antara program dan aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena sambutan Hari Wanita 2020 ialah konvensyen pertubuhan bukan kerajaan wanita 2020, Young Women Bootcamp dan video kreatif Hari Wanita 2020.
![Penghidap kanser antara 6 wanita dalam misi tawan Gunung Elbrus Penghidap kanser antara 6 wanita dalam misi tawan Gunung Elbrus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71503497901_GunungElbrus.jpg)
Penghidap kanser antara 6 wanita dalam misi tawan Gunung Elbrus
Misi yang dinamakan Kembara Srikandi Prihatin Negaraku itu turut diadakan bersempena Hari Wanita Kebangsaan pada 25 Ogos.