Empat fokus utama -- substantif, libat urus komuniti, pertandingan dan keterlihatan -- digarapkan menerusi 17 program yang akan dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan komuniti mulai 1 Mac sehingga 12 Mac bersempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2020.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa menyatakan perkara itu berkata perasmian Hari Wanita peringkat kebangsaan akan disempurnakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Mac di sini.
Ditanya kemungkinan perdana menteri akan mengumumkan berita gembira pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan itu, Dr Wan Azizah yang tidak menolak kemungkinan itu berkata perkara itu akan menjadi satu kejutan.
Mengambil kira ancaman COVID-19, timbalan perdana menteri berkata cecair pembasmi kuman tangan atau "hand sanitizer" akan disediakan di lokasi program sambutan Hari Wanita.
"Kami jangka pengunjung pada majlis sambutan pada tahun ini kurang sedikit (berbanding tahun lepas disebabkan COVID-19)," katanya dalam sidang media mengenai sambutan Hari Wanita Kebangsaan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, pada Rabu.
Antara program dan aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena sambutan Hari Wanita 2020 ialah konvensyen pertubuhan bukan kerajaan wanita 2020, Young Women Bootcamp, video kreatif Hari Wanita 2020 dan 'purple walk'.
Menurut Dr Wan Azizah, program 'Malaysian Women Unite' turut dirangka yang akan menjadi platform terutamanya golongan wanita untuk berganding bahu membantu golongan yang memerlukan.
Maklumat lanjut berkaitan program Malaysian Women Unite boleh diperoleh di www.malaysianwomenunite.org, katanya.
Mengenai peratusan golongan wanita dalam sektor pekerjaan iaitu pada kadar 54 peratus kini, Dr Wan Azizah berkata matlamat kerajaan adalah untuk meningkatkannya kepada 56 peratus.
"Infrastruktur sokongan untuk wanita dalam sektor pekerjaan seperti rang undang-undang gangguan seksual dan penjagaan anak perlu ditambah baik," katanya dan menurutnya rang undang-undang gangguan seksual dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 19 2020
Dr Wan Azizah (kanan) bercakap kepada pemberita mengenai Sambutan Hari Wanita di Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, 19 Feb, 2020. Turut sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat Hannah Yeoh. -- fotoBERNAMA
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Hari Wanita Kebangsaan 2020: Empat fokus utama digarap
Antara program dan aktiviti yang akan dilaksanakan bersempena sambutan Hari Wanita 2020 ialah konvensyen pertubuhan bukan kerajaan wanita 2020, Young Women Bootcamp dan video kreatif Hari Wanita 2020.