KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas peruntukan dana besar bagi menjadikan pasukan beruniform itu dilengkapi kemajuan teknologi terkini kepolisan moden.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, sehubungan itu pasukan PDRM harus sentiasa “sedia berkhidmat” dan berdiri teguh di bawah naungan panji Sang Saka Biru untuk memikul tanggungjawab dan amanah dalam memelihara keselamatan masyarakat dan keamanan negara.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim sempena sambutan peringkat IPK Kuala Lumpur.
Beliau berkata segala pengorbanan, jerih perih dan titisan darah pahlawan - pahlawan terdahulu, demi nikmat keamanan yang dikecapi kini - akan terus diperjuang dan diwariskan pula kepada generasi pelapis Sang Saka Biru akan datang.
"Dalam usaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pasukan kerajaan dan KDN telah meluluskan perolehan aset dan peralatan seiring dengan kemajuan teknologi terkini kepolisan moden.
"Untuk itu PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan dan KDN yang amat prihatin akan keperluan PDRM serta memperuntukkan dana yang besar untuk kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan warga PDRM yang berkhidmat serta seisi keluarga dan para pesara polis.
"Di waktu sama, PDRM juga menzahirkan kesediaan untuk menghulurkan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan demi mendukung dasar usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat."
Turut hadir, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh.
Penyampaian sijil dan anugerah penghargaan turut diberi kepada warga Polis Kuala Lumpur.
Antaranya, anugerah integriti yang merupakan pengiktirafan kepada pegawai polis dan pegawai awam serta mereka akan dijadikan role model ikon integriti bagi warga Polis Kuala Lumpur secara amnya.
Turut diberikan penghargaan, petugas media dan orang awam yang menjadi mata dan telinga PDRM.
Astro Awani
Fri Mar 25 2022

ACRYL SANI: Pasukan PDRM harus sentiasa -sedia berkhidmat- dan berdiri teguh di bawah naungan panji Sang Saka Biru untuk memikul tanggungjawab dan amanah dalam memelihara keselamatan masyarakat dan keamanan negara. -Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Semangat juang Sarjan Hasif kekal tempur walau cedera
Semangat juang sebagai anggota Sang Saka Biru mendorong Sarjan Mohd Hasif cuba menghentikan insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor meskipun beliau mengalami kecederaan.

Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.

Sang Saka Biru, berevolusi mengikut zaman, cekal mendepani perubahan - KPN
PDRM telah melalui pelbagai evolusi bukan sahaja dari segi imej dan tugasan, malah berjaya mengharungi cabaran keselamatan kepada negara.

Hari Polis Ke-215: Legasi Sang Saka Biru terus diperjuang, diwarisi - KPN
Segala pengorbanan, jerih perih dan titisan darah pahlawan akan terus diperjuang dan diwariskan pula kepada generasi pelapis Sang Saka Biru akan datang.