KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang terbunuh ditembak komunis.
Mohammed Hanif, 85, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 2.15 pagi tadi akibat sakit buah pinggang memegang jawatan KPN selama 20 tahun sebelum bersara pada 16 Jan 1994.
Setahun selepas memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara, Mohammed Hanif mengasaskan unit antipengganas elit, Unit Tindakan Khas (UTK) pada 1 Jan 1975 serta mengambil bahagian dalam operasi menyelamat dalam krisis tebusan bangunan AIA pada Ogos, tahun sama.
Selain itu, antara jasa beliau yang akan terus dikenang rakyat Malaysia ialah menamakan Balai Polis Bluff Road kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 25 Mac 1975.
Pada 8 Jun 1976, Mohammed Hanif mengumumkan semua rekrut polis akan berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan sebelum ditugaskan ke unit lain bagi memastikan semua anggota polis muda akan dapat menangani sebarang situasi kecemasan apabila mereka dilengkapi dengan latihan di dalam hutan.
Dilahirkan di Teluk Anson (kini dikenali Teluk Intan), Perak, Mohammed Hanif mendapat pendidikan awal di Sekolah Anglo-Chinese, kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Mohammed Hanif meneruskan pengajian ke Universiti Malaya (UM) yang ketika itu bertempat di Singapura dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959, seterusnya menyambung dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Undang-undang dari University of Buckingham di London.
Liku-liku kerjayanya bermula sebagai Penolong Kadet Penguasa Polis pada 8 Jun 1959 sebelum memegang beberapa jawatan tinggi antaranya dilantik sebagai Ketua Polis Melaka pada 7 Sept 1970 dan Ketua Polis Selangor pada 6 Dis 1971, seterusnya menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Feb 1973.
Jasa dan keringat yang dicurahkan Mohammed Hanif dalam pasukan polis dan menjaga keselamatan negara terutama melibatkan peristiwa penting negara akan sentiasa dikenang antaranya sebagai Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (18 Mei 1969) berkaitan insiden 13 Mei.
Antara peristiwa bersejarah lain ialah beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada Persidangan Manila berhubung dengan penubuhan MAPHILINDO pada 1963 dan beliau juga antara wakil kerajaan Malaysia dalam Perjanjian Damai yang dimeterai oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Dis 1989 di Hat Yai, Thailand.
Tidak hanya mencurahkan bakti semasa dalam perkhidmatan, selepas bersara pada 15 Jan 1994, Mohammed Hanif juga dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2004 - 2005 dan figura tegas ini juga merupakan Penaung Yayasan Pengaman Malaysia serta Presiden Persatuan Diraja Asiatik Cawangan Malaysia (MBRAS).
Beliau turut terlibat secara aktif dalam dunia korporat apabila memegang beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi Maxis Communication Berhad dan Timbalan Pengerusi Genting Berhad dan Resort World Berhad.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
![Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713582586_tbTunMohammedHanif.jpg)
Antara jasa beliau yang akan terus dikenang rakyat Malaysia ialah menamakan Balai Polis Bluff Road kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 25 Mac 1975.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739009435_FahmiFadzil.jpg)
3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri itu.
Terengganu catat kerugian lebih RM40 juta akibat 'scammer' tahun lalu
Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairuddin berkata, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil, kesedaran masyarakat berhubung penipuan dalam talian dilihat masih rendah.
Bomoh disyaki cabul kanak-kanak disambung reman enam hari
Tempoh tahanan reman seorang bomoh yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun disambung enam hari sehingga Jumaat depan.
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong, George Town.
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan pengurangan manakala Sabah kekal, setakat pukul 8 malam Sabtu.
![2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS 2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705481095_TBTANSRIABDULAZ.jpg)
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan MAIS bermula 15 Feb ini.
![Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas, dakwa ada kejadian tembakan Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas, dakwa ada kejadian tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739028229_TembakSetiaCityM.jpg)
Pengunjung pusat beli-belah di Shah Alam cemas, dakwa ada kejadian tembakan
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
![Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713599543_TunHanifOmar.jpg)
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
![Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713596490_HanifOmar.jpg)
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
![Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713586798_TBRAZARUDIN.jpg)
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
![KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713586382_tbAllahyarhamTunMo.jpg)
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
![Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713582586_tbTunMohammedHanif.jpg)
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
![Pemberian 'pencen seringgit' harus dilaksana semula - Ayob Khan Pemberian 'pencen seringgit' harus dilaksana semula - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611967320_KetuaPolisJohorDa.jpg)
Pemberian 'pencen seringgit' harus dilaksana semula - Ayob Khan
Langkah itu antara bukti ketegasan ke atas mana-mana pegawai kanan atau anggota bawahan yang terlibat dengan rasuah.
![Tun Hanif Omar akan fail tuntutan balas terhadap saman Lim Kit Siang Tun Hanif Omar akan fail tuntutan balas terhadap saman Lim Kit Siang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61443797498_haniffomar.jpg)
Tun Hanif Omar akan fail tuntutan balas terhadap saman Lim Kit Siang
Mahkamah mengarahkan anak guamnya memfailkan tuntutan balas dan penyataan pembelaan terhadap saman itu selewat-lewatnya pada 5 Dis ini.