KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan pembentukan Malaysia pada 1963 sebagai penyatuan rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai 'Keluarga Malaysia' tanpa mengira asal atau latar belakang.
Beliau berkata penyatuan sebuah keluarga Malaysia ini tetap kekal sejak sekian lama, kerana wujud perasaan hormat menghormati antara satu sama lain dan saling menghargai keunikan serta kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini.
Sehubungan itu katanya penyatuan 'Keluarga Malaysia' dapat membawa kemajuan bersama, antaranya pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi, komunikasi dan kemudahan asas, meskipun masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki.
"Tanggal 16 Sept, Hari Malaysia tidak kurang pentingnya dengan Hari Kemerdekaan, ia perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa agama dan ideologi politik, kita harus komited mengubah mentaliti segelintir rakyat yang masih tidak peduli signifikan Hari Malaysia.
"Signifikannya Hari Malaysia, ia bukan sekadar memperingati detik sejarah penubuhan Malaysia semata-mata, rakyat perlu memahami nilai kebersamaan sebuah keluarga iaitu 'Keluarga Malaysia' yang kita kecapi bersama sejak sekian lama," katanya dalam temubual dengan Bernama.
Katanya di sebalik kemajuan dicapai, ia juga mengingatkan semua pihak bahawa segala perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara, amat bergantung kepada kestabilan politik.
Menurutnya apabila politik negara menjadi tidak stabil serta kerap berlaku pertukaran kerajaan, segala dasar yang dirancang sebelum ini akan bertukar dan ini sudah tentu turut menjejaskan usaha untuk membangunkan negara secara lebih berkesan.
Justeru kata Bung Moktar wacana dan naratif yang betul dan waras mengenai sejarah pembentukan Malaysia, amat perlu disemai supaya sentimen negatif tidak terus bersemarak yang akhirnya melemahkan sistem persekutuan, selain menghancurkan kedaulatan negara pada jangka panjang.
"Rakyat perlu faham akan nikmat yang diperoleh sejak Malaysia dibentuk, serta kesan dan implikasinya jika kita asyik bertelagah, tidak bersatu, dan lebih buruk lagi jika mengambil tindakan untuk keluar Malaysia.
"Hakikatnya ketika kesepaduan sosial perlu dikukuhkan, kita tidak harus lupa untuk mengukuhkan integrasi nasional. Perpaduan kaum dan perpaduan antara negeri-negeri serta tiga wilayah itu penting diperkukuh, bersatu teguh bercerai kita roboh," katanya.
Mengenai cabaran menghadapi COVID-19, Bung Moktar berkata nilai 'Keluarga Malaysia' jelas terpancar melalui kebersamaan semua pihak sama ada kerajaan negeri dan Persekutuan, mahupun rakyat seluruh negara dalam menempuh dugaan tersebut.
Beliau berkata usaha Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui gagasannya membina 'Keluarga Malaysia', memberikan sinar baharu untuk rakyat di negeri ini terutama dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19.
"Gesaan beliau agar beberapa buah negeri termasuk di Sabah diberikan perhatian khusus dalam menangani masalah COVID-19, menterjemahkan tema sambutan Hari Malaysia tahun ini iaitu 'Malaysia Prihatin' dilaksanakan," katanya.
Bung Moktar berkata keprihatinan kerajaan Persekutuan itu dapat dilihat dalam pemberian 2.89 juta dos vaksin COVID-19, bagi membolehkan Negeri di Bawah Bayu itu mencapai tahap vaksinasi dewasa 60 peratus menjelang akhir bulan ini dan 80 peratus bulan hadapan.
Mengulas mengenai Sabah sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur Hari Malaysia 2021 berkata pelbagai acara dengan SOP ketat telah dirancang untuk sambutan itu.
Katanya antara yang dijadualkan menghadiri majlis itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ismail Sabri, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Sambutan itu menurutnya membariskan acara termasuk Majlis Menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2021, tayangan montaj 'Malaysia Prihatin' dan pesembahan Khas 'Malaysia Prihatin' oleh artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
"Pemilihan Sabah sebagai tuan rumah sambutan tahun ini sudah tentu satu keistimewaan kepada rakyat negeri ini, di mana generasi muda akan memahami detik bersejarah yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu yang memperlihatkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Kesan dari penyatuan tersebut, mereka (generasi muda) hari ini turut menikmati kemakmuran dan kemajuan atas nama sebuah negara Malaysia," katanya yang secara peribadi sebagai pengerusi bersama sambutan itu, mahu memastikan ia memahat memori manis kepada semua rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Bung Moktar berkata usaha Perdana Menteri melalui gagasannya membina 'Keluarga Malaysia' memberi sinar baharu untuk rakyat di Sabah terutama dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19. - Gambar fail
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.