KUALA LUMPUR: Selepas 12 tahun menyertai perarakan Hari Kebangsaan, bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Khas Mohd Yusof Omar masih setia menghadiri sambutan hari bersejarah di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.
Mohd Yusof, 67, menyertai perarakan di bawah dua pasukan iaitu Pasukan F Cawangan Khas PDRM Hanya Yang Berani dan Skuad 69 PDRM kerana semangat patriotiknya sentiasa mengingatkan kembali pengorbanan pejuang kemerdekaan dahulu menabur bakti kepada negara.
Beliau berkata sambutan Hari Kebangsaan merupakan detik yang dinantikan setiap tahun untuk melihat kemeriahan dengan pelbagai perarakan serta persembahan yang telah diatur dan setiap tahun ia akan menampilkan kelainan berdasarkan tema sambutan yang ditetapkan.
"Pak cik berarak untuk Hari Kebangsaan sudah lebih kurang 12 tahun, ada masa ikut perarakan, ada masa pak cik di pentas sebagai tetamu jemputan untuk perarakan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata khidmatnya bersama PDRM dalam pasukan cawangan khas hampir 40 tahun, menyumbang kepada semangat cintakan negara dan patriotik dalam dirinya untuk terus berarak pada Hari Kebangsaan demi negara tercinta.
"Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos adalah satu detik yang paling dinanti-nantikan disebabkan sambutan setiap tahun sangat meriah dengan pelbagai persembahan dan acara menarik yang disediakan," katanya.
Menurutnya, tahun ini beliau tidak mengikuti perarakan kerana akan hadir sebagai jemputan khas untuk menerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) PDRM di Dataran Merdeka minggu depan.
Beliau sebelum ini pernah menerima JPP yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada 1989.
"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, pak cik berasa amat seronok kerana melalui perarakan di Hari Kebangsaan ini, kita dapat menunjukkan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu dan dapat membangkitkan semangat patriotik cintakan negara serta keamanan.
"Kita juga dapat bertemu sahabat kita daripada cawangan lain yang turut sama memegang senjata seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan PDRM cawangan lain," katanya.
Beliau berkata sambutan Hari Kebangsaan tahun ini istimewa kerana perarakan dan persembahan dapat diadakan selepas dua tahun negara bertarung dengan pandemik COVID-19 dan rakyat Malaysia dapat berkumpul semula bagi menyemarakkan sambutan hari bersejarah itu.
Tema sambutan tahun ini ialah Keluarga Malaysia Teguh Bersama dan teras utama Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
Sebahagian para pelajar sekitar Selangor melakukan persembahan formasi ketika menjalani sesi raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. - Foto BERNAMA
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.