SHAH ALAM: Setelah dua tahun tidak menyaksikan persembahan warna-warni di atas padang seperti lazimnya pada Hari Kebangsaan disebabkan pandemik COVID-19, rakyat Malaysia kali ini berpeluang menikmati kemeriahan pelbagai acara seperti itu pada 31 Ogos di Dataran Merdeka.
Satu daripada acara berkenaan ialah persembahan pelbagai formasi menggunakan bendera oleh 600 pelajar dari 24 sekolah di sekitar negeri Selangor.
Pelajar berkenaan akan memulakan persembahan mereka dengan membentuk logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkonsepkan jalur liputan internet serta akan turut melakukan gerakan pantas dan pelbagai formasi mengibarkan bendera.
Formasi berkenaan akan diiringi lagu-lagu antaranya Derap Komando oleh Search dan Seiring Sejalan yang dinyanyikan oleh Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika dengan gubahan tempo lagu yang dilajukan kepada 160 bit per minit (bpm).
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) Yasmin Kamarudin berkata persembahan bendera itu boleh dianggap antara pertunjukan utama pada 31 Ogos kelak dan pengunjung bakal dihidangkan dengan kibaran bendera secara tangkas diiringi lagu-lagu rancak.
"Pelajar-pelajar ini akan melakukan empat jenis segmen gerakan antaranya gerakan logo, formasi gerakan bendera diiringi lagu-lagu lama dan baharu yang digubah khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan persembahan masa sekitar tujuh minit.
"Mereka ini akan membuat persembahan dengan memakai kostum khas bertemakan Jalur Gemilang serta dipecahkan kepada dua kumpulan dengan 300 daripadanya akan membawa bendera kecil manakala selebihnya akan melakukan persembahan 'colourguard' menggunakan saiz bendera lebih besar," katanya kepada Bernama.
Yasmin berkata JPNS telah diberi tanggungjawab melakukan persembahan padang seumpama itu sejak 2014 dengan jumlah penyertaan pelajar tahun-tahun sebelum ini mencecah ribuan orang, namun dikurangkan kepada 600 pelajar tahun ini.
"Sebenarnya lagi ramai pelajar, lagi cantik persembahan, seakan-akan kesan domino dihasilkan. Namun kita sedia maklum dengan keadaan penularan COVID-19 sekarang, maka ia dikurangkan kepada 600 pelajar yang terpilih dengan kesemua mereka ini sudah kita tengok dan nilai khususnya dari segi kesihatan.
"Bagi saya tugasan ini sedikit sukar sebab perlu melakukan pelbagai jenis gerakan tarian lincah, formasi bendera yang pelbagai arah dan laju serta perlu dilaksanakan secara serentak dan seragam.
"Mereka ini baru sahaja memulakan latihan 18 Julai lepas, namun kebanyakannya sudah menguasai rentak pergerakan dan penggunaan peralatan," katanya.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebelum ini memaklumkan tiga aktiviti utama akan diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini merangkumi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Peserta perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 menjalani latihan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam ketika tinjauan baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.