PUTRAJAYA: Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini, kata Setiausaha Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Mazlan Abd Mutalib.
Mazlan yang juga Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkata capaian Internet yang baik merupakan elemen penting dalam penganjuran acara penting kalendar negara bagi memastikan kelancaran kerja petugas.
"Kita tak nak kerja-kerja petugas terganggu sebab Internet ada masalah. Talian Internet merupakan satu perkara yang sangat penting," katanya kepada Bernama selepas meninjau persiapan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Beliau berkata difahamkan beberapa syarikat telco telah mula memasang pemancar telemomunikasi di lokasi yang telah ditetapkan di Dataran Putrajaya dan sedang menguji kelajuan capaian rangkaian Internet masing-masing.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau keadaan bagi perkhidmatan Internet baik pada hari tersebut.
Dalam pada itu, Mazlan berkata beliau berpuas hati dengan tahap persiapan logistik dan teknikal yang kini mencapai kemajuan 90 peratus.
Bagi para pengunjung pada 31 Ogos, Mazlan berkata terdapat perkhidmatan bas percuma, parkir percuma, 100 tandas mudah alih dan 4,000 tempat duduk bertingkat disediakan, selain terdapat lebih 100 gerai di sekitar Dataran Putrajaya untuk kemudahan pengunjung membeli makanan dan minuman.
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" manakala logo Malaysia Madani diangkat sebagai logo rasmi sambutan.
Ini kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya. Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Mazlan (kanan) beramah mesra bersama pelajar dari sekolah sekitar Wilayah Persekutuan ketika meninjau sesi raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Hari Kebangsaan: 50 aset ATM, pasukan keselamatan terlibat dalam pertunjukan udara
Antara aset ATM ialah pesawat Sukhoi Su-30MKM; F/A-18D Hornet dan BAE Hawk; pesawat pengangkut A400M; dan C130 Hercules termasuk helikopter dari TLDM.

Dua dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan
Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan gah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang - CAAM
Larangan itu bagi mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat TUDM yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan.

Polemik logo, tema Hari Kebangsaan 2023 'childish' - KJ
Konflik logo dan tema Hari Kebangsaan 2023 juga menjadi bukti berlaku perpecahan di negara ini, kata KJ.

Posmen 'duta kecil' semarakkan semangat patriotik
Ia dizahirkan melalui inisiatif oleh kakitangan posmen yang meletak dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal mereka.