PUTRAJAYA: Kali pertama anjurannya adalah pada 2003, dan dua dekad kemudian iaitu pada 2023, Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan untuk segenap lapisan masyarakat dan pemimpin berkumpul untuk meraikannya.
Dalam tempoh 20 tahun itu, Putrajaya telah berjaya menganjurkan empat sambutan Hari Kebangsaan iaitu pada 2003, 2005, 2018 dan 2019, dan tahun ini ialah edisi kelimanya.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 pada bulan lepas dilaporkan berkata, sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan gah seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Putrajaya. Insya-Allah sambutan tahun ini tidak kurang gahnya berbanding tahun-tahun lepas dan sudah pasti menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat," kata Fahmi.
Signifikannya tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 itu, Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan kini ditadbir Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahun ini, "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" diangkat sebagai tema HKHM 2023 yang menjadi aspirasi tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.
Konsep Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri bakal diterjemah dalam segenap aspek sambutan termasuk persembahan tarian dan nyanyian, aksi akrobatik oleh pasukan keselamatan sehinggalah perarakan kontinjen.
Malaysia MADANI yang diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan diperkenalkan sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Ketika Putrajaya, yang dahulunya dikenali sebagai Prang Besar sebelum menjadi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan pada 1995, pertama kali menjadi tuan rumah pada 2003, "Keranamu Malaysia" diangkat sebagai tema sambutan dan begitu juga pada 2005 apabila tema yang sama masih digunakan ketika menganjurkannya buat kali kedua.
Pada 2003, pertama kali perarakan Hari Kebangsaan berlangsung di Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-46 yang melibatkan kira-kira 23,000 peserta, 63 kontinjen, 22 pancaragam, 18 kereta berhias, 20 pesawat dan 312 kenderaan.
Tiga belas tahun selepas edisi kedua dianjurkan pada 2005, Putrajaya kembali menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan 2018 bertemakan "Sayangi Malaysiaku", dan ia merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama buat kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).
Putrajaya sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah bagi Hari Kebangsaan setahun selepas itu iaitu pada 2019 dengan tema "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" diangkat sebagai aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, cekap dan amanah.
Bersesuaian dengan tema sambutan pada 2019 itu, persembahan khas Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih menampilkan analogi sifat anai-anai sebagai simbolik kejelikan jenayah rasuah serta rakyat Malaysia yang tidak rela membiarkan negara hancur akibat jenayah itu. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan untuk segenap lapisan masyarakat dan pemimpin berkumpul untuk meraikannya pada 31 Ogos ini. - Gambar BERNAMA
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Hari Kebangsaan: 50 aset ATM, pasukan keselamatan terlibat dalam pertunjukan udara
Antara aset ATM ialah pesawat Sukhoi Su-30MKM; F/A-18D Hornet dan BAE Hawk; pesawat pengangkut A400M; dan C130 Hercules termasuk helikopter dari TLDM.

Dua dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan
Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan gah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang - CAAM
Larangan itu bagi mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat TUDM yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan.

Polemik logo, tema Hari Kebangsaan 2023 'childish' - KJ
Konflik logo dan tema Hari Kebangsaan 2023 juga menjadi bukti berlaku perpecahan di negara ini, kata KJ.

Posmen 'duta kecil' semarakkan semangat patriotik
Ia dizahirkan melalui inisiatif oleh kakitangan posmen yang meletak dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal mereka.