ALOR SETAR: Kakitangan dan anggota Posmen memainkan peranan sebagai 'duta kecil' bagi menerap dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di Kedah, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Pengarah Penerangan Kedah Nasrudin Mahmud berkata ia dizahirkan melalui inisiatif oleh kakitangan posmen yang meletak dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal mereka.
"Posmen ini pasang bendera di motosikal masing-masing dan setiap hari mereka masuk ke semua kawasan kampung dan bandar untuk menghantar surat. Secara tidak langsung, masyarakat dapat lihat walaupun posmen ini sibuk, mereka masih sempat dan bersemangat meletakkan bendera.
"Jadi, mereka ini seperti 'duta kecil' yang mengajak masyarakat untuk turut sama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan premis masing-masing di seluruh Kedah," katanya pada sidang media di Pejabat Pos Besar Alor Setar, di sini semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan Program Semarak Gemilang Bersama Pos Malaysia Negeri Kedah yang turut dihadiri Pengurus Besar Pos Malaysia Negeri Kedah/Perlis Yushaini Yusoff.
Pada majlis berkenaan, turut diadakan pelepasan konvoi 50 motosikal posmen dan aktiviti menghias serta memasang Jalur Gemilang di Pejabat Pos Besar Alor Setar.
Menurut Nasrudin, sepanjang tempoh Hari Kebangsaan sebanyak lima program utama telah dan akan dijalankan oleh Jabatan Penerangan dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dalam setiap lapisan masyarakat di Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

Pelepasan konvoi posmen pada program Semarak Gemilang bersama Pos Malaysia negeri sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang di Pejabat Pos Besar Jalan Stadium, Alor Setar, 17 Ogos 2023. --fotoBERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.

Posmen 'duta kecil' semarakkan semangat patriotik
Ia dizahirkan melalui inisiatif oleh kakitangan posmen yang meletak dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal mereka.

Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia
Pos Malaysia akan mengutamakan bekas ejen 'Pos Rider' untuk berkhidmat secara sambilan dengan syarikat itu, sekiranya terdapat peningkatan jumlah bungkusan kelak.

Perginya Marjan S penyair posmen (1967 - 15 Januari 2021)
Marjan S saya anggap saudara, satu 'baiah' anak dagang asal Kedah yang melilau mencari jalan menjadi penyair dalam meriah semangat Pasar Seni 33 tahun lalu.

Setem jadi pencatat rentetan sejarah negara - Padat
Mengumpul setem merupakan hobi lama yang menjadi simbol rakaman kenangan peristiwa sejarah di seluruh dunia.

Menjelang Syawal: Tradisi hantar kad raya imbau nostalgia
Bagi umat Islam ini merupakan peluang untuk 'buang yang keruh, ambil yang jernih' iaitu dengan membudayakan kiriman ucapan dan berbalas-balas kad ucapan raya.

Posmen temui ajal ketika hantar surat
Mangsa Mohd Hairi Abdullah, 41, dalam perjalanan dari Kampung Chabang menghala ke Kerteh meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

Isteri 'digoda' lelaki lain, pekerja pos buat laporan polis
Suspek menghantar mesej berbaur lucah melalui aplikasi WhatsApp dan insiden itu didedahkan kepada ibunya pada 2014.

'Tepuk-tepuk surat, keluar bedak berbau wangi'
Menghantar surat dari rumah ke rumah mungkin dianggap satu tugas mudah tetapi realitinya, kerjaya sebagai posmen berdepan pelbagai cabaran.

Zaman berutus surat tinggal nostalgia
Pada ketika itu, tidak perlu tunggu musim perayaan, kelibat mereka begitu dinanti walaupun pada hari-hari biasa.