PUTRAJAYA: Penggunaan dron tanpa kelulusan di kawasan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah dilarang bermula dari 21 hingga 31 Ogos ini, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
CAAM dalam kenyataan berkata, larangan itu antara lain bagi mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan sepanjang tarikh tersebut.
"Larangan penggunaan tersebut adalah bagi memastikan sambutan Hari Merdeka dapat diraikan dengan selamat dan mengelak kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam," katanya.
CAAM berkata, sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Arahan Penerbangan Awam (CAD).
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos ini dengan tema "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan". - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Penggunaan dron tanpa kelulusan di kawasan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah dilarang bermula dari 21 hingga 31 Ogos ini, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Hari Kebangsaan: 50 aset ATM, pasukan keselamatan terlibat dalam pertunjukan udara
Antara aset ATM ialah pesawat Sukhoi Su-30MKM; F/A-18D Hornet dan BAE Hawk; pesawat pengangkut A400M; dan C130 Hercules termasuk helikopter dari TLDM.

Dua dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan
Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan gah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang - CAAM
Larangan itu bagi mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat TUDM yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan.

Polemik logo, tema Hari Kebangsaan 2023 'childish' - KJ
Konflik logo dan tema Hari Kebangsaan 2023 juga menjadi bukti berlaku perpecahan di negara ini, kata KJ.

Posmen 'duta kecil' semarakkan semangat patriotik
Ia dizahirkan melalui inisiatif oleh kakitangan posmen yang meletak dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal mereka.