
Rata-rata pengguna terpaksa beratur panjang bagi menunggu giliran menaiki tren. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek sesak selepas dibanjiri ribuan pengguna pada Rabu.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati kesesakan bermula jam 11 pagi selepas majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 menutup tirainya.
Rata-rata pengguna terpaksa beratur panjang bagi menunggu giliran menaiki tren.

Keadaan sama dilihat seawal jam 4.30 pagi apabila rata-rata pengunjung memilih menaiki tren berbanding membawa kenderaan sendiri.
Astro AWANI cuba mendapatkan sebarang maklumat daripada pihak berkaitan berhubung isu kesesakan ini.
Hari Kebangsaan 2022 | LRT Masjid Jamek sesak 'diserang' ribuan pengguna 
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.