KUALA LUMPUR: Pelaksanaan apungan harga ayam dan telur dijangka akan menyaksikan kenaikan harga dua barangan ini selepas tarikh 30 Oktober ini.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff menjelaskan ini kerana tiada lagi kawalan harga dan subsidi, sekali gus menyebabkan harga makanan akan terus meningkat di pasaran tempatan.
"Permasalahan dia adalah ada pihak akan ambil kesempatan. Bila kita tengok sebelum ini bila diapungkan harga, berlaku pesta kenaikan harga terhadap barangan keperluan ini terutama ayam dan telur yang telah menjadi makanan terhadap golongan B40 dan juga miskin tegar dia banyak makan telur.
"Jadi bila diapungkan harga berlaku kenaikan yang sangat tinggi dan kerajaan perlu mengawal balik harga," katanya dalam program Fokus Minggu Depan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Yusrizal berpendapat apa yang boleh dilaksanakan kerajaan adalah dengan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga secara tegas supaya harga tidak naik secara mendadak apabila apungan itu dilakukan kelak.
Pihaknya juga menerima banyak aduan daripada peniaga susulan kenaikan harga beras sebelum ini seterusnya menyebabkan kuasa membeli mula menujukkan trend penurunan.
Tambahnya lagi, sekiranya kenaikan harga ayam dan telur berlaku selepas ini, lebih banyak pengusaha akan menutup perniagaan mereka di masa akan datang.
"Kita jangkakan peristiwa ini akan berlaku juga sekiranya berlaku pengapungan harga ayam dan telur. Peniaga-peniaga industri kecil SME ini akan menaikkan harga makanan mereka.
"Pengguna yang tidak sempat makan di rumah mungkin akan terbeban dengan permasalahan ini dan pengguna hari ini berfikir untuk jimat kos hidup mereka yang mana gaji yang rendah ini seterusnya kurangkan kuasa membeli," katanya lagi.
Faida Rahim
Sat Oct 28 2023

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff menjelaskan ini kerana tiada lagi kawalan harga dan subsidi, sekali gus menyebabkan harga makanan akan terus meningkat di pasaran tempatan. - Astro AWANI

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.

Harga telur, ayam dijangka naik selepas 30 Oktober - CAKE
Pelaksanaan apungan harga ayam dan telur dijangka akan menyaksikan kenaikan harga dua barangan ini selepas tarikh 30 Oktober ini.

Pengapungan harga ayam, telur pastikan warga asing, golongan 'maha kaya' tidak nikmati subsidi
Anwar berkata, sejak 2022, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur.