Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim yakin harga minyak sawit akan bertambah baik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Stok minyak sawit di Malaysia, pengeluar kedua terbesar dunia, turun 6.62 peratus kepada 2.73 juta tan metrik pada April 2019 daripada 2.92 juta tan metrik pada Mac 2019.
"Ketika ini, terdapat lebihan minyak boleh dimakan. Itulah sebabnya mengapa harga minyak sawit kita juga agak rendah, tetapi saya percaya pada bulan-bulan akan datang ia akan pulih, saya percaya harga minyak sawit akan meningkat semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Duta Pelajar Minyak Sawit', di sini, pada Khamis.
Minyak boleh dimakan lain seperti minyak kacang soya dan minyak biji sesawi juga mengalami penurunan harga, katanya apabila ditanya mengenai prospek harga minyak sawit berikutan stok rendah yang dilaporkan pada April.
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
Pada sesi penutup, kontrak bulan semerta Jun 2019 turun RM34 kepada RM1,974 setan metrik, Julai 2019 susut RM39 kepada RM2,002 setan metrik, Ogos 2019 berkurangan RM41 kepada RM2,016 setan metrik dan September 2019 susut RM43 kepada RM2,031 setan metrik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019

TERESA KOK: Saya percaya pada bulan-bulan akan datang ia akan pulih, saya percaya harga minyak sawit akan meningkat semula. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kejatuhan eksport minyak sawit menjejaskan niaga hadapan MSM
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) susut hari ini selepas anggaran eksport menunjukkan aliran menurun.

Niaga hadapan MSM ditutup rendah
jangkaan pengeluaran MSM meningkat pada minggu-minggu akan datang turut memberi tekanan kepada penurunan harga.

Harga minyak sawit mentah terjejas susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah, menurut seorang peniaga.

Niaga hadapan minyak sawit dijangka dalam aliran rendah minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berada dalam aliran rendah minggu ini.

Harga minyak sawit dijangka bertambah baik - Teresa Kok
Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim yakin harga minyak sawit akan bertambah baik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Harga kontrak MSM dijangka turun
Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives, yang mengakhiri dagangan minggu ini pada paras tinggi, mungkin turun minggu depan.