KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah, menurut seorang peniaga.
Pedagang minyak kelapa sawit, David Ng berkata kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan Bursa Komoditi Dalian turut memberi tekanan kepada harga MSM.
"Bagaimanapun, kelembapan dalam pengeluaran dilihat akan menyokong harga dalam tempoh terdekat. Kami mencari sokongan pada RM5,300 satu tan dan rintangan pada RM5,700 satu tan," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan bahawa stok MSM Malaysia jatuh 7.7 peratus kepada 786,828 tan pada Januari 2022 berbanding 852,339 tan yang direkodkan semasa Disember 2021 di tengah-tengah pengeluaran yang lebih rendah.
Jumlah inventori minyak sawit susut 3.9 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.55 juta tan daripada 1.61 juta tan, dengan simpanan minyak sawit yang diproses meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada 765,586 tan berbanding 761,717 tan sebelumnya.
Sementara itu, juruukur kargo Intertek Testing Services (ITS) menyatakan eksport produk minyak sawit Malaysia untuk 1 hingga 10 Feb jatuh 5.0 peratus kepada 318,078 tan daripada 334,750 tan yang dihantar pada 1 hingga 10 Januari.
Menurut Ketua Penyelidik Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani, prestasi eksport minyak kelapa sawit 1 hingga 10 Feb lepas masih lemah dengan ITS menganggarkan penyusutan lima peratus.
"Perlu diperhatikan untuk melihat bagaimana destinasi akan bertindak balas terhadap harga minyak kelapa sawit yang tinggi termasuk premium berbanding minyak saingan yang lain," katanya.
Pada penutup niaga hadapan MSM bagi Feb kehilangan RM25 kepada RM5,740 satu tan, Mac 2022 susut RM55 kepada RM5,649 satu tan, April 2022 merosot RM59 kepada RM5,535 satu tan, Mei 2022 jatuh RM70 kepada RM5,388 satu tan, Jun 2022 adalah RM81 lebih rendah kepada RM5,234 satu tan dan Julai 2022 berkurangan sebanyak RM81 kepada RM5,078 satu tan.
Jumlah dagangan menurun kepada 74,261 lot daripada 115,730 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 280,440 kontrak berbanding 318,979 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk Februari jatuh RM20 kepada RM5,800 satu tan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah, menurut seorang peniaga. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Harga minyak sawit mentah terjejas susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah, menurut seorang peniaga.