KUALA LUMPUR:Kesan pandemik COVID-19 ke atas harga hartanah adalah agak minimum, mencerminkan kemungkinan pemulihan yang lebih cepat daripada jangkaan sebelum ini dalam pasaran hartanah, kata portal hartanah dalam talian, PropertyGuru Malaysia.
Pengurus Negara, Sheldon Fernandez dalam satu kenyataan berkata, kestabilan pasaran hartanah semasa boleh dikaitkan dengan langkah-langkah kerajaan yang amat bertepatan seperti memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah termasuk menyemak kadar faedah berikutan pemotongan Kadar Dasar Semalaman oleh Bank Negara Malaysia.
"Apa yang paling ketara ialah pergerakan harga hartanah telah menjadi relatif minimum kepada unjuran. Sebagai contoh, Indeks Harga Rumah Malaysia (MHPI) merosot 9.4 peratus pada 1998, berbanding keuntungan 0.4 peratus pada suku kedua tahun ini," katanya.
Trend lain termasuk peningkatan minat di kawasan tengah Lembah Klang, dengan Bukit Jalil, Damansara dan Kepong sebagai tumpuan utama serta pertumbuhan dari bulan ke bulan yang kukuh dalam carian dalam talian untuk hartanah yang berpatutan dan pertengahan.
Menurut Fernandez, sentimen yang sihat juga dilihat dalam jualan yang kukuh bagi projek-projek yang memenuhi permintaan pasaran tetapi beliau mengingatkan bahawa prospek pertumbuhan ini mungkin tergugat disebabkan potensi gelombang kedua kluster COVID-19 di seluruh negara berikutan kemunculan semula wabak itu di Sabah. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020

Kestabilan pasaran hartanah semasa boleh dikaitkan dengan langkah-langkah kerajaan yang amat bertepatan seperti memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah. - Gambar hiasan

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Permintaan hartanah Malaysia susut kerana harga meningkat pada suku keempat 2022 - PropertyGuru
Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku pertama 2023 menunjukkan harga hartanah terus meningkat walaupun berlaku penurunan permintaan daripada pembeli.

Peningkatan kos bahan mentah, industri hartanah dijangka terus lembap tahun ini
Menurut RHB Research, kitaran inflasi tidak mungkin akan menyebabkan permintaan dan pertumbuhan pendapatan yang besar.

Harga hartanah stabil walaupun pandemik - Propertyguru
Kesan pandemik COVID-19 ke atas harga hartanah adalah agak minimum, mencerminkan kemungkinan pemulihan yang lebih cepat daripada jangkaan.

Isu pembelian rumah secara pukal: Perbincangan bersama Redha akan diadakan
Kegiatan berkenaan telah menyebabkan harga hartanah melambung dan pelabur memperoleh pendapatan atas angin yang tinggi.