Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan akan berbincang dengan Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Redha) berkaitan aktiviti kumpulan pelabur yang membeli rumah secara blok dan menjual kembali dengan harga lebih tinggi.
Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan itu menyebabkan harga hartanah melambung dan pelabur memperoleh pendapatan atas angin yang tinggi.
Menurut Abdul Rahman, kementeriannya tidak mempunyai masalah sesetengah pihak membuat keuntungan tetapi ia tidak sepatutnya memberi kesan negatif kepada rakyat.
“Saya tidak ada masalah untuk sesiapa membuat keuntungan tetapi keuntungan itu tidak boleh berdasarkan akan memberikan kesan negatif kepada pembeli rumah yang lain.
“Ini kerana dengan membeli rumah secara pukal begini ia akan menyebabkan wujudnya permintaan yang palsu dan ini akan menaikan harga rumah.”
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah yang dijalankan Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM).
Abdul Rahman bagaimanapun menolak sebarang bentuk undang-undang baru bagi menyekat aktiviti tersebut.
“Saya rasa kita perlu kekalkan pasaran bebas dan kita tidak boleh kawal semuanya kerana ia tidak bagus untuk industri.
“Saya percaya harga rumah itu perlu ditentukan oleh permintaan dan penawaran tetapi memerlukan sedikit pengubahsuaian,” katanya.
Tambah Abdul Rahman, pihaknya mungkin boleh mengenakan sedikit sekatan dari segi penjualan secara pukal dengan hadkan penjualan sehingga enam unit sahaja namun ia bergantung kepada hasil perbincangan nanti.
Astro AWANI sebelum ini menyiarkan pendedahan aktiviti kelab pelabur hartanah yang membeli rumah secara blok dan mendapatkan diskaun sehingga 25 peratus daripada pemaju.
Mereka kemudiannya menjual kembali kepada pembeli mengikut harga yang mereka tetapkan iaitu lebih tinggi dari harga tawaran asal pemaju.
Mekanisma ini mengakibatkan pengguna yang mahu membeli tidak mempunyai pilihan selain bersetuju dengan harga yang ditawarkan meskipun ia lebih tinggi dari yang ditetapkan.
Hakim Rahman
Mon Feb 17 2014

Sekadar gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.

Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.

PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.

'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.

PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).