BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga barangan keperluan harian, akan kembali stabil sepenuhnya menjelang bulan Januari depan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihaknya ketika ini mendapati, harga barangan mula stabil dengan sayur-sayuran juga telah menunjukkan penurunan harga.
"Harga barang (keperluan harian) mula stabil dan sayur pun sudah menunjukkan penurunan, ia berikutan beberapa faktor (harga stabil) antaranya macam sayur-sayuran di mana cuaca di kawasan pengeluarannya semakin baik.
"Selain itu, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang menawarkan barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20 peratus rendah daripada harga pasaran dan usaha mengimport ayam sejuk beku juga antara faktor harga kembali stabil, kita jangka menjelang Januari atau Februari (harga barang) stabil semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan PKJM yang dijalankan di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di Perda yang turut hadiri Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang Mohd Ridzuan Ab Ghapar.
Mengulas lanjut, Rosol berkata PJKM yang dilancarkan pada 2 Dis lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu telah dijalankan di 15 kawasan parlimen di seluruh negara setakat ini dan sehingga semalam hasil jualan di program tersebut ialah sebanyak RM423,844.
Katanya program itu yang dirancang dilaksanakan dua kali sebulan menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai kerana mereka mahu membeli barangan dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.
"Sehingga semalam seramai 28,000 pengunjung hadir di program itu untuk membeli barangan keperluan harian yang dijual antaranya ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung dan beras," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan PJKM yang dikendalikan oleh KPDNHEP diadakan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat, terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan menangani situasi kenaikan harga barangan yang melanda.
"Program ini dilaksanakan di semua 222 kawasan parlimen di seluruh negara sehingga bulan Mac tahun depan, dan jika ada keperluan selepas itu mungkin kita teruskan namun jika harga barangan keperluan harian sudah kembali, kami akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021

Rosol ketika menghadiri Program Jualan Keluarga Malaysia di pekarangan Masjid Perda hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.