PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hari ini turun padang meninjau harga barang di sini, mengakui terdapat peningkatan harga barangan keperluan harian ketika ini.
Namun, katanya kenaikan yang berlaku bukan berpunca daripada peniaga.
Beliau berkata situasi tersebut berlaku disebabkan kos yang ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan sebelum sampai kepada peniaga.
"Memang benar harga barangan keperluan naik ketika ini. Kenaikan ini bukan berpunca daripada peniaga dan pemborong. Saya lihat ia berpunca daripada rantaian bekalan.
"Sebagai contoh harga ayam. Penternak ada kos, kilang ada kos, pemborong ada kos. Jadi bila sampai kepada peniaga, harga sudah tinggi," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih di sini.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari penyelesaian terhadap situasi tersebut.
"Dalam masa sama, kita (kerajaan) kena lihat isu penglibatan orang tengah secara serius," katanya.
Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.
"Untuk permulaan kita akan bawa masuk 200 kontena dahulu," katanya dan menambah bahawa bekalan ayam sejuk beku import itu dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya minggu depan.
Ismail Sabri berkata harga ayam tempatan ketika ini dijual pada harga yang tinggi berbanding sebelum ini.
“Peningkatan harga ayam di pasaran sehingga RM9.80 sekilogram adalah di luar kebiasaan walaupun sebelum ini pernah cecah lebih RM10 sekilogram. Tetapi jarang berlaku, biasanya harga ayam sekilogram antara RM7 dan RM8,” katanya.
Bagi isu bekalan ikan segar pula, Ismail Sabri berkata MAFI akan menghentikan sementara eksport ikan bagi memastikan bekalan itu mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga munasabah untuk pasaran tempatan.
“Kalau boleh kita hentikan sementara eksport ikan ke luar negara kerana yang penting ketika ini adalah rakyat. Kita tidak mahu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan keperluan khususnya barang basah,” katanya.
Menurutnya, kaedah tersebut pernah dilakukan pada 2013 ketika beliau memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan ikan segar tempatan mencukupi dan dijual pada harga berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
![Harga barangan keperluan asas meningkat bukan berpunca daripada peniaga - PM Ismail Sabri Harga barangan keperluan asas meningkat bukan berpunca daripada peniaga - PM Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638333028_IsmailSabri.jpg)
Ismail Sabri ketika membuat tinjauan harga barangan keperluan di MyFarm Outlet Kasih di Putrajaya hari ini. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Lebih 90 peratus peniaga patuhi prosedur sijil halal - Jakim Lebih 90 peratus peniaga patuhi prosedur sijil halal - Jakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720011753_PenolongPengarahKa.jpg)
Lebih 90 peratus peniaga patuhi prosedur sijil halal - Jakim
Pematuhan itu didorong sikap tanggungjawab pemilik syarikat atau premis bagi memastikan kelangsungan perniagaan masing-masing.
![Peniaga didakwa guna gelaran Datuk Seri tidak diiktiraf Peniaga didakwa guna gelaran Datuk Seri tidak diiktiraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Peniaga didakwa guna gelaran Datuk Seri tidak diiktiraf
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf.
![Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718617153_Telurohtelur.jpg)
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
![Subsidi diesel: KPDN keluar 191 notis kepada peniaga sejak Isnin - Fuziah Subsidi diesel: KPDN keluar 191 notis kepada peniaga sejak Isnin - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718226901_KPDNBintulu.jpg)
Subsidi diesel: KPDN keluar 191 notis kepada peniaga sejak Isnin - Fuziah
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 346 premis sejak Isnin yang turut menyaksikan 23 aduan diterima dan tiga kertas siasatan dibuka.
![Pantau harga diesel supaya harga barang tidak naik - Pakar ekonomi Pantau harga diesel supaya harga barang tidak naik - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993154_TBDiesel.jpg)
Pantau harga diesel supaya harga barang tidak naik - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, maklumat struktur kos perniagaan tidak diketahui umum, justeru ia memerlukan pemantauan berkala pihak berkuasa.
![Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717402090_tbbekalanair.jpg)
Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air
Peniaga di Pasar Moden Seksyen 16 Shah Alam mula menyimpan air bagi memastikan mempunyai bekalan mencukupi sepanjang tempoh gangguan air berlaku.
![KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’ KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717306830_sotong.jpg)
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
![Presiden Jokowi lawat pasar di Wilayah Jambi Presiden Jokowi lawat pasar di Wilayah Jambi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712274843_tbPresidenJokoWido.jpg)
Presiden Jokowi lawat pasar di Wilayah Jambi
Jokowi menekankan kepentingan menambah baik pasar untuk kesejahteraan peniaga dan keperluan memantau harga barangan keperluan.
![Perdana Menteri luang masa tinjau bazar Ramadan di Kangar Perdana Menteri luang masa tinjau bazar Ramadan di Kangar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61711977143_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri luang masa tinjau bazar Ramadan di Kangar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, bersempena dengan lawatan singkatnya ke Perlis.
![Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711945427_TBbebasdadahjpg.jpg)
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.