KUALA LUMPUR: Sebanyak 191 notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Ops Kesan 2.0 susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula Isnin lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dalam kenyataan semalam berkata notis itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 346 premis di seluruh negara sejak Isnin hingga semalam yang turut menyaksikan 23 aduan diterima dan tiga kertas siasatan dibuka.
"KPDN ingin mengingatkan khususnya peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 demi menjaga dan melindungi hak pengguna," katanya.
Fuziah berkata kementerian telah membuat persiapan rapi bagi menangani aduan berkaitan peniaga menaikkan harga pada kadar tidak munasabah terutama melibatkan penerima manfaat penyasaran subsidi diesel selain peniaga yang sedia tidak layak menerima kemudahan itu sebelum penyasaran dilakukan.
Beliau berkata Ops Kesan 2.0 yang dilancarkan Sabtu lepas adalah antara persiapan kementerian itu terhadap pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Kenyataan sama memaklumkan orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan berkaitan penyasaran subsidi diesel melalui talian khas 012-6654 292 atau melalui aplikasi WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000, menghubungi pusat panggilan 1-800-886-800 selain Portal e-Aduan KPDN di pautan http://eaduan.kpdn.gov.my dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.
Pada Ahad, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam.
Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata ia adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Aktiviti pemeriksaan dan pemantauan penguatkuasan ke atas stesen minyak dijalankan pegawai penguat kuasa KPDN di kawasan sekitar Bintulu. - Foto KPDN Bintulu

Laksana had tempoh jawatan PM perlu iltizam politik kuat semua pihak - AMK
Cadangan itu bukan perkara baharu kerana ia janji Pakatan Harapan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara
KTMB menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih di 13 Klinik Kesihatan (KK) di Melaka pada tahun ini.

Alumni PTD gesa tindakan tegas tangani rasuah dalam perkhidmatan awam
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah yang tegas dan tuntas bagi menangani rasuah dalam sektor awam.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Operasi itu dilaksana di seluruh negara dengan tumpuan di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.