Peniaga ayam di Pasar Besar Alor Setar mendakwa terpaksa menaikkan harga ayam segar antara RM8 ke RM9.50 sekilogram kepada pelanggan sejak seminggu lalu.
Kenaikan mendadak itu berlaku berikutan modal yang dikeluarkan mereka tinggi selepas pembekal memaklumkan bahawa kekurangan bekalan ayam disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mohd Zuhair Zahir, 36, berkata, dia yang berniaga ayam sejak 2008 ingin membantu pelanggan dengan menjual ayam pada harga berpatutan, namun tidak dapat berbuat demikian kerana harga yang dijual daripada pembekal kepada mereka didapati sentiasa naik sejak beberapa minggu lalu.
Kebiasaannya modal yang dikeluarkan sekitar RM4 bagi sekilogram ayam tetapi kali ini kami keluarkan RM8 sekilogram, naik dua kali ganda.
Hal ini menyebabkan dia terpaksa menaikkan harga ayam jika tidak dia akan menanggung kerugian lebih besar apatah lagi keuntungan yang diperoleh juga sangat kecil berbanding sebelum PKP.
Jelasnya, selepas ditolak dengan bayaran gaji pekerja dan kos lain, untung yang diperoleh ala kadar untuk menyara keluarga.
"Sebelum masa mula-mula (pelaksanaan) PKP, ayam RM5.60 sekilo, lepas awal bulan Mei, mula naik harga, sekali naik (kenaikan) 50 sen," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Peniaga Pasar Besar, Fauzi Sharif berkata, setiap kali dia bersama peniaga lain bertanya kepada pembekal, mereka sering menerima alasan sama bahawa kekurangan bekalan menyebabkan harga ayam terpaksa dinaikkan.
Ekoran itu, Fauzi menegaskan, pelanggan sering beranggapan peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam sesuka hati menyebabkan pelanggan tidak lagi membeli kerana terlalu mahal.
"Adalah perbezaan harga agak mendadak sekali di mana minggu pertama bulan puasa ayam sekilo RM5.60 tetapi pada hari ini minggu ketiga (Ramadan) harga ayam sekilo RM7.90. Apabila saya buat pemantauan pada peniaga peniaga ayam khasnya, jawapan yang kita dapat sama sahaja adalah bekalan yang berkurangan daripada penternak sendiri," kata Fauzi.
Sehubungan itu, Fauzi meminta pihak berkaitan membuat pemeriksaan terhadap pembekal ayam dan menyiasat alasan sama adakah benar atau tidak ketiadaan bekalan yang dimaksudkan.
Bagi seorang pelanggan, Ahmad Khairil Mazwan, 40, dia amat berharap harga ayam kembali stabil berikutan umat Islam bakal menyambut Aidilfitri minggu hadapan.
Kenaikan ini, katanya, sangat mendadak dan tentunya membebankan pelanggan terutama golongan yang tidak bergaji sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
"Semenjak PKP, kita rasa macam ada tekanan... harga pun meningkat macam kelmarin dan hari ini (harga) dalam RM7.60 (sekilo) di pasar ini (Pasar Besar Alor Setar), kalau di tempat lain saya ingat (harga) dalam RM8, lebih RM9 pun ada juga dijual. Harga macam itu membebankan kami pengguna," katanya.
Berikutan kenaikan harga ayam secara mendadak, orang ramai terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan menu makanan bagi keluarga.
"Kalau ada peningkatan harga, (terpaksa) cari (pilihan) makanan lain seperti ikan, telor dan apa yang boleh kita makan lah," kata Mohd Nazri Abu Bakar, seorang juruteknik.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.