SUSULAN kenyataan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkait subsidi penternak semalam, timbul pelbagai persoalan berkenaan harga ayam yang akan dipasarkan mulai 1 Julai nanti.
Adakah harga ayam akan diapungkan? Adakah kerajaan akan hapuskan harga siling ayam? Bagaimana dengan peniaga kecil makanan, perlu menanggung kos kenaikan harga ayam?
Bagaimana pula nasib si penggemar nasi ayam? Terutama mereka yang tidak akan menerima bantuan tunai, pada masa sama perlu menanggung kos kenaikan berantai yang dijangka berlaku.
"Bagaimana dengan nasib golongan M40? Sebab yang makan atau beli ayam itu tidak kira taraf pendapatan, terutama golongan M40 di peringkat paling bawah dan menghampiri paras B40 kerana mereka juga rasa begitu tertekan," itu reaksi awal Pakar Ekonomi, Datuk Madeline Berma.
Felo Akademi Sains Malaysia itu pada masa sama, menyambut baik keputusan kerajaan tersebut.
Namun, ada perkara yang perlu jadi kebimbangan.
Pertama, soal penyaluran subsidi makanan dan kedua, kenaikan harga barangan dan makanan selain ayam.
Bercakap soal inflasi, kadar 2.3 peratus yang diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) seolah-olah perlu diteliti semula.
Ini kerana, kata Madeline, realiti di lapangan adalah berbeza.
"Orang tak percaya apabila inflasi 2.3 peratus. Pergi ke pasar, mana ada harga barang naik 2.3 peratus. Tengok harga sayur dan ikan.
"Ini realiti kita cerita tentang harga inflasi, sedangkan realiti di bawah kerana bagi saya ia perlu dikawal buat masa ni.
"Ia supaya ada keseimbangan dalam memenuhi keperluan pengguna, iaitu jangan terlalu tinggi naik harganya selain memastikan pengusaha penternak khususnya penternak kecil-kecilan kalau kerajaan tak bantu, lingkup dia," tegas beliau.
Penternak, pemborong, peruncit, peniaga mahupun pengguna kini menantikan perincian lanjut berhubung penarikan semula subsidi penternak tersebut serta penyaluran bantuan tunai langsung daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 02 2022

Bagaimana pula nasib si penggemar nasi ayam? Terutama mereka yang tidak akan menerima bantuan tunai, pada masa sama perlu menanggung kos kenaikan berantai yang dijangka berlaku. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.

Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.

BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.

NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.

KPDN tidak bercadang kenakan harga siling terhadap sayur - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak bercadang mengenakan sekatan atau harga siling bagi penjualan sayur-sayuran susulan jangkaan kenaikan harganya di pasaran.

Harga maksimum penerbangan kelas ekonomi Aidilfitri RM599
Kerajaan menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi sebanyak RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Beras Putih Malaysia MADANI: Kerajaan belum buat ketetapan cadangan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI.

Tiga bulan beras tempatan tiada di pasaran
Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya kategori import mudah didapati dan dijual dengan harga sekitar RM20 bagi 5kg serta RM71 untuk 10kg.

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal sehingga 17 Januari
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 Jan hingga 17 Jan 2024.