Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali meluahkan rasa kecewa apabila hanya 25 peratus daripada sasaran 600,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) tampil untuk membuat permohonan "Enforcement Card" atau E-Kad.
Beliau berkata sehingga 7.50 malam tadi, seramai 154,328 PATI melibatkan 26,738 majikan telah membuat permohonan dan sebanyak 138,970 E-Kad telah dikeluarkan.
"Esok (Jumaat) adalah hari terakhir permohonan E-Kad dan jumlah ini adalah jauh daripada sasaran asal 600,000 PATI.
"Saya kecewa kerana majikan yang menggaji PATI tidak mengambil peluang ini untuk 'legalise' pekerja mereka," katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan proses permohonan E-Kad di ibu pejabat Jabatan Imigresen, di sini malam ini.
Beliau sekali lagi memberi amaran tegas kepada PATI yang gagal mendaftar sehingga 12 tengah malam esok (Jumaat) bahawa Jabatan Imigresen akan membuat operasi besar-besaran bermula 1 Julai (Sabtu) untuk menahan dan mengusir mereka keluar dari negara ini.
Selain itu, Mustafar turut kecewa apabila majikan dan PATI memilih untuk tampil mendaftar pada saat-saat akhir sehingga Jabatan Imigresen terpaksa membuka kaunter sehingga pukul 3 pagi, sedangkan permohonan telah dibuka sejak Februari lepas.
"Hari ini sahaja yang datang antara 3,000 hingga 4,000 orang. Sebelum ini purata yang datang sehari hanya antara 800 hingga 1,000 orang," katanya.
Selain itu, katanya ada individu yang melakukan provokasi terhadap pegawai Imigresen apabila terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan proses pendaftaran.
"Itu pilihan mereka sendiri untuk datang saat akhir. Kita layan juga sehingga pukul 3 pagi dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama di ibu pejabat Jabatan Imigresen, mendapati majikan dan PATI telah menunggu sejak pukul 3 pagi untuk mendaftar sebelum tempoh akhir pendaftaran esok.
Seorang majikan Anni Morani Musthafa, 47, yang tiba pada pukul 5 pagi mengakui kesilapannya hadir pada saat akhir untuk mendaftarkan tiga orang pekerjanya yang berasal dari Nepal.
Beliau yang menjalankan perkhidmatan vendor pembersihan hotel di ibu negara bagaimanapun memuji usaha Jabatan Imigresen melanjutkan waktu operasi sehingga pukul 3 pagi bagi membolehkan majikan dan pekerja yang hadir pada saat akhir untuk mendaftar.
"Saya tahu mengenai permohonan ini sejak Februari lagi tetapi saya lalai sedikit sehingga lupa dan saat akhir baru datang. Jadi terpaksa beratur panjang," katanya.
Lain pula halnya bagi seorang pengusaha kedai dobi, Vivian Lim, 42, yang baru sahaja membuat keputusan untuk mengambil seorang pekerja di kedainya.
"Memandangkan pekerja tersebut tidak mempunyai dokumen jadi dia meminta untuk membuat pendaftaran E-Kad," katanya.
Seorang lagi majikan Zaidi Osman, 45, tiba bersama empat pekerjanya dari Negeri Sembilan pada pukul 8 pagi memandangkan beliau telah melengkapkan segala dokumen yang perlu untuk membuat permohonan E-Kad.
Menurutnya beliau hadir pada saat akhir bagi mendaftarkan pekerja dari Indonesia tersebut berikutan mereka lambat membuat keputusan untuk berbuat demikian.
"Mereka pernah ditipu oleh ejen dan duit mereka dilarikan jadi mereka takut untuk mendaftar. Tetapi apabila melihat rakan mereka yang lain berjaya dapat E-Kad baru mereka hendak mendaftar," katanya.
Program E-Kad yang dikeluarkan secara percuma bertujuan mendaftarkan dan membolehkan pendatang asing tanpa izin mendapat permit kerja selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2017

MUSTAFAR: Esok (Jumaat) adalah hari terakhir permohonan E-Kad dan jumlah ini adalah jauh daripada sasaran asal 600,000 PATI.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Imigresen tumpaskan sindiket E-Kad palsu di Sabah, didalangi 'Datuk Seri'
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di Sabah yang didalangi seorang 'Datuk Seri' selepas menahan 14 individu termasuk tiga warga Filipina.

Kerajaan tidak akan lanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad PATI
Kerajaan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu tersebut sebaliknya majikan bertanggungjawab penuh dalam melakukan pendaftaran tersebut.

Imigresen mula operasi buru PATI
Jabatan Imigresen mula melakukan operasi besar-besaran memburu PATI sebaik sahaja tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad) tamat tengah malam tadi.

Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar
Kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan E-Kad PATI tidak mencapai matlamat yang disasarkan.

E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.