Kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad) pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak mencapai matlamat seperti disasarkan.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata hanya 23 peratus atau 161,056 PATI didaftarkan sehingga 10 malam ini, iaitu dua jam sebelum tempoh akhir pendaftaran tamat pada 12 tengah malam.
Beliau berkata ia melibatkan 28,375 majikan dengan sebanyak 145,571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.
"Adakah program ini gagal? Adakah itu sahaja jumlah PATI di luar sana? Kita anggap tidak berjaya sebab kedegilan majikan untuk tampil mendaftar.
"Kita telah memberikan masa secukupnya sejak 15 Feb lalu, malah hebahan melalui media juga dilakukan seacra berterusan bagi membolehkan majikan mengambil tindakan sewajarnya tetapi ia tidak digunakan seperti yang diharapkan," katanya pada sidang media selepas meninjau operasi pendaftaran menjelang tempoh akhir proses itu di Ibupejabat Imigresen di sini, hari ini.
Mustafar berkata jabatan itu juga mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan majikan bagi memperincikan mengenai perkara itu agar mereka dapat mengingatkan pihak yang berdaftar di bawahnya supaya mendaftarkan pekerja di bawah seliaan masing-masing.
"Walaupun hanya meletakkan syarat minimum iaitu proses pendaftaran E-Kad perlu diuruskan sendiri, tetapi ia tetap menjadi sesuatu yang terlalu sukar (buat mereka) kerana sifat suka menunggu sehingga saat akhir.
"Kenapa menjelang hari terakhir, begitu ramai majikan yang tampil untuk mendaftar pekerja masing-masing...pada kami, mungkin mereka beranggapan Jabatan Imigresen akan lanjutkan tempoh ditetapkan," katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran itu dan akan melaksanakan gerak gempur besar-besaran selepas tengah malam ini.
Sehubungan itu, Mustafar mengingatkan majikan dan PATI agar tidak menyalahkan Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri atas tindakan yang akan diambil ke atas mereka kelak akibat sikap ambil mudah terhadap peluang yang diberikan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
![Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51498875739_EKadImigresen.jpg)
MUSTAFAR: Adakah itu sahaja jumlah PATI di luar sana?
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Imigresen tumpaskan sindiket E-Kad palsu di Sabah, didalangi 'Datuk Seri' Imigresen tumpaskan sindiket E-Kad palsu di Sabah, didalangi 'Datuk Seri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492066409_DatukSeriMustafar.jpg)
Imigresen tumpaskan sindiket E-Kad palsu di Sabah, didalangi 'Datuk Seri'
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di Sabah yang didalangi seorang 'Datuk Seri' selepas menahan 14 individu termasuk tiga warga Filipina.
![Kerajaan tidak akan lanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad PATI Kerajaan tidak akan lanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51498892138_EKadImigresen.jpg)
Kerajaan tidak akan lanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad PATI
Kerajaan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu tersebut sebaliknya majikan bertanggungjawab penuh dalam melakukan pendaftaran tersebut.
![Imigresen mula operasi buru PATI Imigresen mula operasi buru PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492066409_DatukSeriMustafar.jpg)
Imigresen mula operasi buru PATI
Jabatan Imigresen mula melakukan operasi besar-besaran memburu PATI sebaik sahaja tempoh permohonan kad sementara Enforcement Card (E-Kad) tamat tengah malam tadi.
![Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51498875739_EKadImigresen.jpg)
Majikan degil punca proses E-Kad gagal sampai sasaran - Mustafar
Kedegilan majikan untuk tampil membuat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan E-Kad PATI tidak mencapai matlamat yang disasarkan.
![E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41498805984_EKadImigresen.jpg)
E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.