Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di Sabah yang didalangi seorang 'Datuk Seri' selepas menahan 14 individu termasuk tiga warga Filipina dalam satu operasi di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dalam operasi 12 tengah hari di sebuah premis di jalan berkenaan, pihaknya turut menyita 60 barang kes bagi membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati sindiket yang didalangi seorang lelaki berusia 60 tahun yang mendakwa bergelar 'Datuk Seri' itu terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu program pendaftaran penggajian dan penempatan semula pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.
"Kegiatan 'Datuk Seri' ini dibelakangi oleh satu syarikat sendirian berhad yang beroperasi di sekitar Kota Kinabalu, Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mustafar berkata dokumen palsu yang dikeluarkan kepada PATI dikenakan bayaran antara RM1,100 dan RM1,200 bagi setiap kad, kononnya kebenaran untuk mereka berada di Sabah sebagai pekerja asing yang berdaftar.
Menurutnya, proses pendaftaran akan dilakukan oleh syarikat yang diketuai oleh 'Datuk Seri' itu manakala proses cetakan dan pengeluaran diurus oleh ejen yang dilantik dengan proses tersebut dilakukan di Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada PATI terbabit.
"JIM sekali lagi menegaskan tidak ada sebarang program pengurusan PATI dan pendaftaran Program E-Kad dijalankan di negeri Sabah dan JIM tidak pernah melantik atau bekerjasama dengan mana-mana pihak atau individu untuk melaksanakan pendaftaran Program E-Kad di Sabah," kata Mustafar.
Beliau berkata semua suspek dibawa ke Depot Tahanan Pejabat Imigresen Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 56 (1A) dan Seksyen 51 (5)(b) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.
"Orang ramai dinasihatkan supaya berhubung terus ke pejabat imigresen terdekat untuk mendapatkan maklumat yang tepat sekiranya ada pihak yang mendakwa boleh menguruskan dan membuat pendaftaran PATI atau Program E-Kad," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017
MUSTAFAR: Kegiatan 'Datuk Seri' ini dibelakangi oleh satu syarikat sendirian berhad yang beroperasi di sekitar Kota Kinabalu. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina
Azalina berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa dalang itu merupakan penggerak dan pemberi maklumat kepada kumpulan terbabit.
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.
Dalang di sebalik pengeboman lapangan terbang Kabul dibunuh oleh Taliban
Ketua Daish itu dibunuh beberapa minggu lepas namun ia mengambil masa untuk mengesahkan kematiannya.
Bekas ketua keselamatan Duterte dalang pembunuhan model
Mangsa menjadi sasaran selepas didakwa mempunyai "maklumat yang sangat sensitif" terhadap Durante.
400 Mawozo dipercayai dalang di sebalik penculikan kumpulan mubaligh di Haiti
Lima lelaki, tujuh wanita serta lima kanak-kanak baru sahaja pulang daripada melawati sebuah rumah anak yatim sebelum diculik pada Sabtu.
61 individu termasuk tiga dalang sambung elektrik haram ditahan
Modus operandi mereka ialah menggunakan menggantung cangkuk besi di kabel pencawang utama.
Sindiket dadah didalangi penuntut kolej warga asing tumpas
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai didalangi penuntut kolej swasta warga asing menerusi beberapa serbuan di Shah Alam dan Petaling Jaya minggu lepas.
Judi mesin slot: 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan
Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan polis di sekitar Lembah Klang dari 17 hingga 20 Mei lepas dalam operasi memerangi kegiatan judi mesin slot.
Sindiket judi dalam talian didalangi 'Datuk Seri' tumpas, 19 ditahan
Tangkapan dilakukan hasil serbuan di sebuah premis dekat Jalan Pudu dan sekitar ibu negara, antara 17 hingga 20 Mei lalu.
Pegawai polis, tiga anggota ditahan terlibat aktiviti pemerasan
Seorang pegawai polis dan tiga anggota ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan.