KUANTAN: Hampir 7,000 ekor ayam penelur rentung dalam kebakaran di pusat penternakan milik anak syarikat LKPP Gold Kist di Batu 8 Jalan Kuantan-Segamat di sini pagi ini.
Pekerja syarikat Mohd Afendi Kamarulzaman, 33, berkata kebakaran disedari pengawal keselamatan bertugas pada kira-kira 6 pagi melibatkan sebuah daripada 24 reban ayam di situ.
"Bomba yang tiba di lokasi pada 6.30 pagi berjaya menyelamatkan 3,000 ekor ayam di reban terlibat dan berjaya mengawal api daripada merebak ke reban lain," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Mohd Afendi berkata kebakaran itu difahamkan kejadian kedua seumpamanya sejak pusat penternakan itu beroperasi 20 tahun lepas, namun kebakaran sebelum ini hanya melibatkan reban kosong.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata dua jentera bersama 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini dan Chini, Pekan dikejarkan ke tempat kejadian.
Kebakaran berjaya dikawal kurang daripada setengah jam kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021
Bomba berjaya menyelamatkan 3,000 ekor ayam di reban terlibat dan berjaya mengawal api daripada merebak ke reban lain. - Foto Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Remaja perempuan warga China rentung dalam kebakaran di Miri
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran besar sebuah kilang minyak masak di Bekasi Jakarta Indonesia pada Jumaat.
11 motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran kira-kira 6.50 pagi itu turut memusnahkan sebuah lori yang diparkir berhampiran garaj berkenaan.